Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Ahad, 28 Mac 2010

Kenapa perlu bawa Dato' Harun Taib untuk hujah perkara yang tak khilaf?

Bila saya menulis artikel pasal "Beer Halal atau Arak tanpa Alkohol" saya tidak sedikit pun menyebut perkara ini adalah haram, malah saya sertakan sekali pendapat Dr Yusof Qardawi yang menjadi rujukan kepada seorang kawan bernama Wan Ji (masa dulu, sekarang dah tak berhubung)

Saya semacam hairan apabila Wan Ji menulis balas artikel berkenaan dengan tajuk "Sedapnya Makanan Arab" dengan mencerita bagaimana dia begitu rapat dengan Dato' Harun Taib, Ketua Dewan Ulam PAS.


Suka saya mengambil petikan tulisan Wan Ji daripada artikel berkenaan.
Ustaz Harun Taib hanya melihat sahaja kerenah aku pada malam itu. Mungkin beliau juga memahami apa yang aku fikirkan, disebabkan beliau juga pernah tinggal di Mesir.

Apabila aku yakin dengan air itu, terutama apabila tercatit ’Non Arlcohol’, dan aku melihat Ustaz Harun Taib tidak memberi sebarang respon dan komentar pun tentang barbikan, maka Aku pun meminta sebotol Barbikan juga, perisa Farawalah, Strawberry.

Apa yang saya faham, kalau salah tolong enta betulkan (saya berbahasa dengan Wan Ji, ana-enta. Aduka Taruna ahli Usrah baru pun berbahasa demikian sehingga bergelumang bulu romanya. Sila baca di sini kalau rasa ragu-ragu dengan fakta ini http://adukataruna.blogspot.com/2010/03/clubing-dan-bogel-di-kelantan.html) bahawa Wan Ji terlalu menghormati Dato' Harun Taib sehingga gerak geri dan air muka Dato' Harun Taib menjadi panduan kepada beliau.

Terlintas dalam hati saya ini mesti macam zaman nabi dahulu. Sahabat yang makan dharb melihat gerak geri dan air muka Nabi adakah nabi tegur. Kerana tiada reaksi makan semua ulama membuat fatwa tidak mengapa makan dharb.

Ooii gua (sorry ana) respek kepada Wan Ji begitu kagumnya kepada Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

Tapi bila saya fikir dan renung, pasal apa dalam hal yang tak ada khilaf ini Wan Ji beriya-iya membawa hujah dengan Dato' Harun Taib sebagai sandarannya?

Dalam hal oraganasasi, setiap perkara, setiap sudut, setiap pendapat mestilah berasaskan kepada syar'i, manhaji, syumuli, wasati, waqi'i dan ta'silil. Binaan dan kerangka pemikiran dan sudut pendapat kita mestilah berasaskan kepada Harakah Islamiyyah.

Enta telah jauh menyeleweng dalam hal ini. Ana respek enta dengan tulisan enta sebelum ini "Tok Guru Haji Hadi bukan Anwar Ibrahim" (sila rujuk di sini http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/2007/05/tok-guru-haji-hadi-bukan-anuar-ibrahim.html). Tulisan ini menunjukkan enta cukup memahami Manhaj Taghyir Islami Sohihah.

Kenapa enta telah berubah? Takkan kena tengking oleh Dato' Harun nak dijadikan isu untuk kita menyeleweng daripada manhaj yang sebenarnya. Enta macam budak-budak kena rotan, marahkan bapa menyorok disebalik perigi tak balik sampai jauh malam!!

Enta juga tidak amanah, bocorkan startegi dan kajian yang dibuat oleh Dewan Ulama PAS. Enta tidak faham apa itu kajian!! Tulisan Polis Pencen adalah dirujuk dalam hal ini. Sila baca di sini http://polispencen.blogspot.com/2009/06/dewan-ulama-kajianresearch-pembocoran.html

Enta juga pernah menulis wujud pertemuan sulit antara beberapa orang blogger-termasuk blogger UMNO- dan pimpinan PAS; Nasaruddin Mat Isa, Hasan Ali dan Roslan SMS. Sedangkan pertemuan itu bukan pertemuan sulit sekadar seorang blogger UMNO datang atas undangan Mahaguru58. (Baca di sini http://batuapi-firestone.blogspot.com/2009/12/al-bakistani-ustaz-wan-ji-menunjukkan.html)

Enta tidak pernah minta maaf pun atas kesalahan ini. Susah ke nak minta maaf sedangkan dalam kuliah enta berapi-api bercakap orang Islam tidak boleh fitnah dan buat salah. Kalau buat salah minta maaf. Enta sendiri tidak amalkan apa yang enta ajar. Adakah enta nak jadi Iblis yang mendoakan untuk orang lain??

Ana nak berhenti di sini dahulu, kalau nak ditulis sangat banyak sebab tulisan enta pun banyak..

Hidayah itu adalah kepunyaan Allah s.w.t. yang akan diberikan kepada hamba-hamba yang meminta.

2 ulasan:

  1. Macamana nak minta maaf...dalamperut dah masuk Duit Ehsan Terengganu yang ketua cawangan di sini pun tolak Duit Ehsan..tiba-tiba kita yang jadi naqib makan duit ehsan....ada orang kata tak apa..ye tak apa kalau kita ni kebulur..tak cukup makan...tapi kita ni..macamana...
    ** Duit Ehsan = Duit Rompakan..Ust Wan Ji..boleh makan ke duit rompakan ni

    BalasPadam
  2. aik? dah main kasar ni... tuduh orang bani israel? ustaz jadah apa ni?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog