Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Rabu, 5 Mei 2010

Penulis Kebenaran dengan Penulis Fitnah (dibaik tambah)

Artikel ini adalah artikel kedua saya bagi menjawab artikel TranungKite Sarang Bloggers Pondan (Tarbiyyah Ulama Sebegini?) yang ditulis oleh Rahman Seluaq Dalam di laman blog Perisik Rakyat tetapi artikel ini masih tidak ada pada blognya sendiri mungkin memberikan tekanan kepada Poji atau dalam lain bahasa nak perkenakan Poji Topeng Perak yang dihimpit serangan kerana membuat fitnah terbaru kepada Nik Abdul anak kepada anak Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Rahman, bila hang nak post dalam blog sendiri, blog hang dah tak laku ke? Atau hang bersama dengan Kickdefella mahu perkenakan Poji? Pasal Poji @ Topeng Perak dikhabarkan kepada saya akan mengambil alih tugas Kickdefella di GMC. Betul ke maklumat ini.


Pasal itu Poji @ Topeng Perak @ Black Mental beriya-iya mengenai GMC seolah-olah dia yang mengetahui semuanya, sedangkan maklumatnya tak berepa jelas. Baca di sini untuk sedikit pencerahan.

Kali ini saya akan tumpukan kepada petikan ini;


Misal yang saya boleh ambil adalah blogger seperti Batu Api dan Ali Zaidan. Kedua-dua blogger ini kerap disiarkan artikel mereka oleh Moderator Tranung Kite bernama Songkok Putih (yang juga tidak dikenali identiti nya).

Mereka-mereka ini kita boleh gelarkan sebagai blogger-blogger pondan. Mengapa? Kerana mereka takut hendak mendedahkan identiti mereka kepada umum.


Soal siapa yang menulis, kenal atau tidak kenal beliau bukanlah merupakan perkara yang utama. Yang penting adalah isi tulisan yang ditulis adakah fakta yang benar atau sekadar mengikut khabar angin sahaja. Sehingga ada yang berpendapat dan beriman dengan khabar angin.
Memang tidak dinafikan jika kita mengenali penulis adalah lebih baik kerana sifat, pewartakan penulis juga boleh boleh mewakili dengan watak penulisannya.

Saya tertarik dengan komen pada tulisan saya yang pertama mengenai isu ini oleh seorang pembaca yang menggunakan nick sekadar Tanpa Nama (Pondan juga ke??) yang mengambil contoh bagaimana Ali Zaidan membuat ulasan semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor dengan penulis Rahman Seluaq Dalam @ Tualng Besi yang mana Rahman sekadar penyambung lidah dusta Adip Zapkapli, Malaysian Insider tanpa mengetahui keadaan sebenar di Hulu Selangor.

Tulang Besi menunjukkan sifat buruk dan dustanya telah membuat fitnah kononnya jentera pilihan PAS yang diketuai oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa lemah. Tulang Besi sekadar mengambil kesempatan daripada tulisan Adip untuk menghentam Ustaz Nasha dan Dr Hassan Ali semata-mata. Baca di sini.

Sepatutnya Tulang Besi kena belajar daripada Wang Ji (kenapa wang?? kena baca artikel sebelum ini) sebab Wang ji ada mengulas dalam artikelnya yang berforum dengan Ustaz Nakhie siri 4 (akhir) pasal perawi hadis dimana Wang Ji berkata perawi biasanya bias kepada latar belakang perawi tersebut. Saya setuju dengan pendapat ini.

Sebab itu tulisan Adip perlu dilihat siapa dia. Dia adalah adik kepada Haris yang pernah bekerja dengan Penerbitan Pemuda di Medan Idaman. Apabila Syarikat itu bengkrap, Haris masih menumpang bangunan di Medan Idaman dan tidak pulang ke Johor. Dia masih mencari peluang dan akhir berjaya serta membawa adiknnya bersama.

Latar belakang Haris agar berbeza dengan adik dan mereka ini adalah daripada latarbelakang UMNO yang tidak mengetahui selok belok PAS.

Adalah mustahil orang yang tak mendalami PAS boleh menulis mengenali PAS walaupun dia simpati kepada PAS sekalipun. Hatta orang yang dikatakan lama menjadi ahli PAS (tak bayar yuran) pun menulis mengenai PAS masih kita tak boleh percaya.

Ali Zaidan walaupun kita tak kenal beliau, beliau dikatakan Geng Perpaduang yang nak berkawan atau mencium UMNO tetapi dialah yang bertungkus lumus membantu PKR setelah jentera PKR pincang dan hampir roboh akibat daripada serangan dalaman mereka yang belok.

Anda boleh baca artikel-artikel Ali zaidan untuk dibandingkan dengan Rahman Seluaq Dalam!! seperti Hulu Selangor: Analisis Ali Zaidan, Catatan Akhir Hulu Selangor, PAS Malas di Hulu Selangor?, Bergelut di Hulu Selangor dan banyak lagi.

Apa Tulang Besi buat, sekadar penyebar fitnah untuk memecah belah jentera Pakatan Rakyat. Nampak baik tapi keringking berkait. Mungkin sama seperti Kickdefella sedang mencari "tuan baru". Ada akan faham si Rahman ini jika baca artikel ini - Antara Kickdefella dengan Tulang Besi yang lama telah saya tulis.

Hari ini tulisan menjadi kenyataan Rahman @ Tulang Besi telah bersetongkol dan membantu Kickdefella menyerang PAS Kelantan. Baca betul-betul artikel ini (Kickdefella: Puak Makan Balak Kelantan Buat Apa?). Anda boleh berhujah dengan saya jika apa yang saya tulis adalah salah dan saya bersedia untuk meminta maaf.

Saya dah tulis sebelum ini, mereka sebenar adalah satu rangkaian, mengatur cara psikologi menyerang mana-mana yang ingin dijatuhkan. Kita nampak macam berbalah tetapi itu adalah strategi membuka maklumat dan menyerang secara halus.

Ingat saya sebut bagaimana Kickdefella menulis kemudian di sokong oleh Rocky Bru dan Penarik Beca dalam artikel saya sebelum ini. Sila baca di sini.

Saya sendiri pun, walaupun tak dikenali tetapi menulis mengenai Hulu Selangor daripada maklumat yang hampir dan tepat kerana maklumat yang saya ambil datangnya daripada BG PAS sendiri. Baca artikel saya mengenai perkara ini di sini.

Saya menyebut undi Melayu dan India cukup membahayakan tetapi tak boleh diterangkan kerana ini melibatkan strategi. Memang BG PAS telah meramalkan kita akan kalah dengan undian melebihi 2000 undi.

Tinggal diluar Malaysia, dapat maklumat daripada individu tertentu sekadar menjadi anjing upahan untuk menyerang dan mengigit mangsa tanpa mengira dosa dan pahala. Tak payahlah bercakap soal tanggungjawab, malulah pada diri sendiri.

5 ulasan:

  1. "HIDUP BLOGGER PRO-ULAMA'"!

    DAN G MAMPUSLAH NGAN BLOGGER CELAKA

    TULANG BESI KALAU BERANI BALIK MALAYSIA LA
    KITA LAWAN DEPAN2 KAT MALAYSIA

    PENGECUT MACAM TUAN BESAR DIA KAT KELANTAN TU

    BalasPadam
  2. aku cucu mamak kutty yg ori punya6 Mei 2010 pada 9:55 PG

    kahkahkahkah....bloger firestone rupa2nya bloger pondan siam.....belakang mati road mari punya lo....ayoyo....bukan jantan kah....tapi dia punya entri banyak auta juga....ini mcm kalu....banyak takut lo.....ayioyo....itu hiv pun boleh mari juga....kahkahka.....ayoyoyo tambi ....takbleh itu mcm kalu....banyak dangerous lo....

    BalasPadam
  3. apa 09:55 ulas tak nampak fact pun kalau mcm nie aku pun boleh ulas...tak gitu

    BalasPadam
  4. Blogger Pondan menuduh orang lain menipu. Diri sendiri tak berani tunjuk muka. Ada hati nak tuduh orang lain menipu.

    Memang sah resmi pembohong. Kalau Batu Api bukan bangsa pembohong, sudah tentu berani tunjuk muka.

    Mula2 berbohong, lama-lama mencuri.

    Macam lah BAtu Api ni lama sangat dalam PAS. Baru setahun jagung dalam PAS nak tunjuk eksyen.

    Poodah

    BalasPadam
  5. nampaknya anta pun lebih kurang sahaja dengan geng task force 13. Campuradukkan kebenaran dengan kebatilan...

    Ingat!! setiap tulisan kita akan ditanya Allah kelak.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog