Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Sabtu, 4 Disember 2010

Respon tulisan Wan Ji, Fikrah JIM vs Fikrah PAS

Baca tulisan Wan Ji @ AlBakistani, terasa macam menonton filem P. Ramlee tapi filem P. Ramlee yang dibuat oleh 'producer' sekarang. Nampak rumahnya dibelah dengan gergaji mesin bukan gergaji zaman dulu yang terpaksa sorong papan tarik papan papan, kalau tersalah tarik, yang sebelah sana terhumbang.

Mula-mula nak beri respon pasal Wan Ji kritik Presiden PAS dengan tulisannya "Kemana Penasihat Politik Presiden" tapi semacam menarik pula untuk ulas suka-suka dengan tulisan terbaru "Fikrah JIM vs Fikrah PAS".

Saya tahu apa yang saya komen tidak akan dijawab oleh geng "Usrah Barbican". Saya pun dah tutup buku dalam hal-hal yang terdahulu. (klik)

Bila saya baca tulisan Wan Ji saya pun naik pening kepala. Mana satu hujung mana satu pangkal. Saya ingat Wan Ji ni kepala dia pun tak berapa betul!

Wah kasar BatuApi?

Ok saya perturunkan apa yang ditulis oleb Wan Ji,

Sebilangan ahli-ahli PAS amat elargic dengan istilah JIM. Orang JIM yang telah masuk PAS, amat diwaspadai. Berbagai-bagai dakwaan yang bertiup; seperti mendakwa golongan JIM dalam PAS ini mempunyai usrah tersendiri [tidak ikut manhaj usrah PAS], mereka memberi wala’ kepada JIM lagi berbanding PAS, golongan JIM dalam PAS adalah usaha secara saraf bahawa mereka mahu membawa PAS kepada UMNO, JIM ini adalah golongan “munafiq” dalam PAS dan sebagainya.

dan anda baca lagi apa yang di tulis oleh si Wan Ji ini pada artikel yang sama,

Idea penubuhan JIM yang pada mulanya dikenali sebagai IRC itu, didakwa tertubuh ketika PAS masih lagi bersama-sama dengan UMNO dalam kerajan Perikatan [kemudian menjadi BN]. Memandangkan terkesan dari hukuman gantung terhadap Sayed Qutub yang dilakukan oleh Kerajaan mesir ketika itu, menyebabkan golongan JIM tidak dapat menerima tindakan PAS yang bergabung dengan UMNO, kerana pada mereka, UMNO adalah taghut sepertimana kerajaan mesir yang membunuh Sayeq Qutub.

Satu kata JIM nak bawa PAS kepada UMNO. Satu lagi kata JIM tak menerima tindakan PAS bergabung dengan UMNO. Eiikh pening, bawa kepada UMNO tak apa, tapi jangan bergabung. Bangang betul!!!

Engkau orang faham ke?

Sepatutnya Wan Ji memahami Gerakan Ikhwan dan mengkaji bagaimana boleh terbentuknya gerakan IRC di sebelah barat manakala gerakan "Alami" di sebelah Timur mempunyai fikrah yang sama sedangkan mereka berada berjauhan.

Saya mengkaji bagaimana aliran fikrah Alami di Mesir sama dengan fikrah IRC di UK. Pasal itu Ustaz Alias Osman boleh bersama dengan YB Saari Sungip.

Fikrah mereka sebenar tidak sama dengan fikrah asal Ikhwan Muslimin pimpinan Iman Hassan AlBana. Kenapa saya kata demikian.

Zaman penangkapan pengikut Ikhwan di Mesir hampir 20,000 ribu ahli Ikhwan telah ditangkap, dipenjara dan ada yang dibunuh.

Oleh kerana Gerakan Ikhwan adalah gerakan yang tersusun rapi. Usrah-usrah masih berjalan walaupun tanpa kepimpinan. Kita boleh bayangkan kalau tangkapan itu dibuat kepada ahli PAS. Tangkap 20,000 ribu ahli PAS, ini bermakna Ketua dan AJK Cawangan pun kena tangkap. Yang tinggal hanyalah pengikut anak bilis.

Keistimewaan yang ada pada gerakan Ikhwan ialah usrahnya tetap berjalan dan mereka bergerak secara syir (sembunyi) pada masa itu untuk mengelakkan tangkapan. Maka terbentuk satu aliran pemikiran baru dalam gerakan dakwah pada masa itu. Oleh kerana ada yang melanjutkan pelajaran ke luar negara aliran pemikiran (fikrah) ini berkembang di serata dunia termasuk di UK.

Bila berlaku pembebasan tawanan ikhwan, maka ada sedikit pertembungan fikrah dalam gerakan dakwah Ikhwan. Ini saya akan bincang kemudian.

Petikan artikel Wan Ji,

Apabila ditanya, “mengapa JIM? Kenapa tidak PAS?” Dinyatakan, ia semua terkesan dengan pengaruh gerakan islam dari luar negara, khususnya Ikhwan Muslimin [Mesir] yang ditubuhkan oleh Hasan Al-Banna dan Jamaat Islami yang ditubuhkan oleh Maulana Abu ‘Ala Al-Maududi di pakistan.

Saya berpendapat pertanyaan ini ialah kepada YB Saari Sungip. Saari Sungip dalam tulisannya, saya pun tak ingat buku mana mungkin Risalah Usrah Jilid ke-3 ada mengatakan bahawa gerakan yang paling baik ketika itu ialah Al Arqam kepimpinan Ustaz Ashari Muhammad, bukannya PAS tapi atas beberapa sebab IRC lebih tertumpu kepada PAS. (Aku 'joke' mana mungkin nak meresapi masuk ke dalam Al Arqam puak t-shirt dengan puak serban)

Wan Ji Al Bakistani ada menulis,

Didakwa juga, PAS dilihat agak perlahan dari sudut dakwah dan dalam penyediaan manhaj dakwah dan usrah. Lantaran itu, tidak hairan bahawa sehingga kini PAS tidak mempunyai buku-buku usrah tersendiri yang bersifat konfrehensif, kecuali ‘mencilok’ beberapa buah usrah dari luar, seperti terjemahan bagi tulisan Fathi Yakan, Mustafa Masyhur, Abu ‘Ala Al-Maududi, Bapak Natsir dan sebagainya.

PAS terbuka dalam hal kritikan dahwah, tarbiyyah dan persediaan manhaj. Pasal itu beberapa orang kepimpinan IRC telah diserap masuk dalam Lajnah Dakwah dan Tarbiyyah PAS Pusat. Masa itu Lajnah ini dibawah kepimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi.

Selama dua tahun dalam Lajnah itu, apa yang dibuat oleh puak-puak IRC? Apa bahan tarbiyyah, buku dan makalah yang diterbitkan? Mereka hanya memperkembangkan fikrah IRC. Mengambil ahli-ahli PAS yang terbaik dijadikan kader-kader mereka.

Dua tahun dalam Lajnah Tarbiyyah Ustaz Alias Osman hanya menterjahmah buku Fathi Yakan  "Apa Erti Saya Menganut Islam". Buku Itulah bahan tarbiyyah PAS!!!

Saya pernah bertanya Ustaz Harun Taib pada suatu masa duhulu. "Kenapa ustaz tak terjemah buku-buku macam geng IRC."

Beliau menjawab "Macam mana ana nak terjemah, ana pun tak setuju dengan penulis buku-buku karangan tu." (seperti yang disebut oleh Wan Ji)

"Ustaz buat buku sendirilah kalau tak setuju dengan pendapat orang", kata saya. Ustaz Harun pun menjawab "Memang ana sedang menulis buku tapi sibuk tak boleh siap cepatlah" Sambil menunjuk buku "Muqayyam...." (Saya tak pasti tajuk panjangnya tapi 'confirm' perkataan Muqayyam memang ada) Saya nak tergelak, tapi saya tak tunjukkan mimik muka. Rasanya buku tu dah ada dalam pasaran kot!

Wan Ji ada menulis,

Apabila keadaan ini berlaku, menyebabkan JIM mengambil inisiatif yang serius dalam menyediakan manhaj usrah dalam membantu PAS. Maka lahirnya risalah usrah tulisan bekas Presiden JIM, [YB] Syaari Sungip atau dikenali sebagai Abu Urwah. Risalah usrah ini, amat mudah didapati di kedai-kedai yang mempunyai kaitan rapat dengan PAS. Malahan kini, jika mahu koleksi risalah-risalah usrah tersebut, boleh didapati di kedai buku yang berada di bawah pejabat harakah [Surat Khabar PAS] di Jalan Pahang.

Maklumat tulisan Wan Ji ini tak benar. Kita kena faham bagaimana PAS menyedari bahawa usrah-usrah yang berjalan di serata Malaysia dikuasai oleh golongan IRC. Berlaku pertembungan yang besar sekitar tahun 80an. Tuan Guru Haji Abdul Hadi masih menaruh kepercayaan kepada anak didik usrahnya. Pasal itu geng IRC lebih berlegar dikeliling pinggang TGHH termasuk di Rusila (Ini saya akan huraikan di bawah)

Tapi paling besar ialah dengan penyebaran surat 3 muka surat (masa tu guna fotostat, tak ada lagi e-mail pada masa itu) oleh Meor Saari seorang budak Perak yang bekerja di Perpustakaan UPM. Dalam kandungan surat berkenaan yang ditujukan kepada Ustaz Omar Daud yang banyak menceritakan penglibatannya dengan IRC dan Ustaz Alias Osman.

Bila golongan IRC tak boleh 'cari makan' dalam PAS mereka menubuhkan JIM dan pada masa mulalah keluar buku Risalah Usrah dan lain-lain.

Saya pun beli buku itu di bawah Pejabat Harakah Jalan Pahang. Syarikat Gedung Gua. Tapi saya suka beli di rumah tokey Gedung Gua sendiri, di Jalan Enggang, Ampang Ulu Klang dekat dengan Kilang Texas. Pasal di rumahnya saya diberikan diskaun 30% macam penjual.

Wan Ji ada lagi menulis,

Ekoran itu, mereka mengasingkan diri dari PAS sehingga bermula era kepimpinan ulama dalam PAS. Diceritakan juga, “ikon Ikhwan” yang cukup berpengaruh dalam PAS ketika itu adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Lantaran itu, tidak hairan ada sebilangan pimpinan JIM amat kagum dengan Tuan Guru Haji hadi pada tahun 80an dahulu, yang kini adalah Presiden PAS.

Apabila ditanya, dimanakah aura sebegitu hebat sekali? Dijawabnya, “anta tak dengar haji hadi tahun 80an.. Dia punya ceramah, terus boleh taip dan buat buku”

Wan Ji, Wan Ji, engkau ni melalok tak tahu cerita sebenar buat cerita untuk sedap 'kelentong' engkau orang aje. Saya dengar orang kata, mereka suka kuliah awak. Dia orang kata macam penjual ubat. Bila sebut penjual ubat aku terlintaslah Jalan Chou Kit setiap hari Jumaat. Sekarang dah hilang situasi itu.

Beberapa orang kepimpinan PAS adalah mereka yang mendapat fikrah Ikhwan tulin, bukan daripada kumpulan selepas zaman tangkapan.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Ustaz Harun bin Taib adalah dua orang yang mendapat didikan usrah daripada Said Hawa. Kitab "Jundullah: Tsaqafatan wa Akhlaqan", karangan Sheikh Said Hawa adalah selibus usrah mereka sebelum dibukukan. Saya tak payah sebut siapa Said Hawa. Semua orang tahu kedudukan dia dalam ikhwan.

Oleh kerana Tuan Guru Haji Hadi Awang ambil master dan Ustaz Harun ada 'plan' untuk ambil PHD maka mereka membahagikan tugas. Ustaz Hadi buat usrah dan Ustaz Harun pula bergiat dalam politik kampus keMelayuan (Persatuan).

Anak usrah Ustaz Hadi ada 7 orang yang hebat. Saya takkan sebut semua sekadar saya sebut Ustaz Alias Osman, Ustaz Darus Sanawi, Ustaz Zawawi Ali (adik Cikgu Pa). Yang lain pembaca cari sendiri.

Saya pernah bertanya dengan Ustaz Hadi sendiri, duduk bertentangan lutut dengan beliau semasa di datang ke KL, berkenaan dengan 7 orang anak usrah beliau. Dalam beberapa perbualan saya dengan beliau. Ustaz Hadi menyebut bila dia pulang ke Malaysia, 7 orang anak buahnya diserahkan kepada Sheikh Mustafa Mahyur. (Ahli Fizik sebelum menjadi Mursyidul Am Ikhwan yang kelima)

Jadi Wan Ji sebut bahawa geng IRC kata ustaz Hadi adalah  'ikon Ikhwan' memang betul. Takkan nak lawan Tok Guru dia.

Aku pun ada juga berguru juga dengan Ustaz Alias Osman, setiap minggu masa dia mengajar kuliah di Masjid Al Akram. Ini aku tunjukkan catatan aku masa dulu-dulu.

Klik lah kalau nak lihat tulisan tangan aku
Kita juga kena memahami pengolakan pendapat (fikrah) antara Ikhwan Alami, Ikhwan Jihadi dan Ikhwan Qutri. Sheikh Said Hawa menantu Iman Hassan Al Banna keluar daripada ikhwan Alami menubuhkan Ikhwan Qutri. Begitu juga Sheikh Said Syaban menubuhkan Ikhwan Jihadi menolak bersama dengan Fathi Yakan dalam ikhwan Alami.

Banyak pengajaran perlu kita fahami, dalami sebelum kita mengkritik "Ikon Ikhwan' kita yang ada.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi bukan sahaja hebat dahulunya, sekarang pun kuliah-kuliahnya masih meresapi. Kuliah Jummat lalu 3 Disember, misalnya seperti kata kapt_shiqaqi  yang menghraikan golongan munafik dalam gerakan Islam boleh di taip dan dibuat buku terus. Hanya Wan Ji dan geng usrah barbican sahaja merancang untuk menolak kepimpinan TGHH.

TGHH juga bergitu berjaya mengawal parti terutama ketika TGNA banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang cukup menghiris rakan sepejuangan. Tindakan TGHH adalah tindakan yang cukup baik mengelak parti dan Jamaah Islam daripada berpecah rosak oleh anasir-anasir jahat yang meresap jauh dalam gerakan Islam. (Study bab munafik baru kita faham)

Wan Ji adalah 'ikon' yang terkeliru, tersasar dan sedang mencari kebenaran. Penulisannya yang berbelit-belit, putar alam akhirnya menjerat dirinya sendiri.

Dulu Wan Ji ada menulis, TOK GURU HAJI HADI, BUKAN ANUAR IBRAHIM. Anda boleh baca bagaimana manusia yang bernama Wan Ji ini mengalami kekeliruan.

Saya berhenti disini dahulu. Panjang sangat pun tak kemana juga kan!! Sebelum saya berhenti saya nak bagi satu petikan untuk Wan Ji renung, timbang dan mendalami. Petikan ini ditulis oleh seorang Ustaz baru balik dari pengajian 3 tahun yang lalu.

"Buka hati, buka minta, cermin diri. Cerminlah mengikut kacamata Islam, bukan pandangan hawa nafsu yang buta dari petunjuk." -- petikan ini aku ambil dari sini. (klik)


BatuApi @ FireStone,
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com/

18 ulasan:

  1. Enta tulis apa pun puak tu bukannya dia nak berhujah. Dia sekadar nak menyerang mana yang dia tak suka sahaja.

    Dia orang nak ganti Ustaz Hadi dengan Husaam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni ha kejahatan depa:

      http://postimg.org/image/yt1vusewh/

      Padam
  2. ba silap le. wan ji menulis dalam berangan angan sebab tu dia berangan angan nk jadi anak mb anak pm, bila dah jadi anak mb atau anak pm ia boleh beli kitab rujukan mahal mahal, barulah dia boleh berhujah dgn baik dengan ba, kalau tidak dia tak boleh berhujah selagi belum beli kitab mahal mahal. jadi bolehkah kita kutip derma bagi dia?

    BalasPadam
  3. Salam sahabat,

    Sedikit pembetulan iaitu mengenai rumah tokey Gedung Gua, bukannya di Jalan Enggang, tetapi di Au3 berdekatan dengan Kilang Cetak DBP ketika itu. Saya tinggal dirumah itu sebelum tokey Gedung Gua membawa pindah anak-anak dan isterinya dirumah itu.

    Keseluruhan tulisan tuan baik adanya. Memang TGHH adalah ikon Pas yang dididik oleh Ikwanul Muslimin. Ceramah beliau mulai beliau menyertai Pas disekitar tahun 80an memang hebat dan boleh terus ditaip untuk dijadikan buku.

    Syabas.

    BalasPadam
  4. Saya minta maaf pasal rumah tokey Gedung Gua, kisah lama, awal 80an.

    Terima kasih, saya dah ingat saya pun banyak kali juga pergi ke kilang Cetak DBP untuk dapatkan buku lelong

    BalasPadam
  5. aku nak tanya ko batuapi..Apa tindakan TGNA yang ko kata cukup mengguris perasaan rakan seperjuangan? ko pun bias juga ke?

    BalasPadam
  6. sb dehlawi,
    sebelum saya mula saya dah baca pemikiran saudara dr beberapa blog saudara.

    Ada banyak perkara tentang Islam sebab Islam itu kaedah dan aqidah. TGNA tidak berhujah dengan kaedah Islam dlm beberapa hal. Tapi saya tak nak panjang perkara ini sebab dia dikatagorikan 'rashia parti'.

    Biasanyanya rashia parti jika dibahaskan sukar difahami.

    sb dehlawi akan fahami jika mengambil ungkapan TGNA semasa beliau dilantik semula sebagai Mursyidul Am PAS. Beliau bersyukur kehadrat Allah dan mengakui banyak tidak hadir mesyuarat sebelum ini.

    Parti dan mesyuarat. Syura dan keputusan syura semuanya ada perkara yang boleh didalami jika anda benar-benar mencari penyelesaian.

    Tapi kalau anda masa dibelegu dengan sikap ta'asud sukar untuk dipanjang perbahasan kita.

    Walahualam

    BalasPadam
  7. NAziz ikut sistem syura ke??

    Selain Saudi, Wahabi bertapak kat Deobandi jgak. Syura-syura mana le Wahabi main...Dah memang agenda politik..pasal tu le main cakap je..hentam semborono...politik dah mengatasi agama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nik Aziz makan budi dgn set2 parasit...

      http://postimg.org/image/yt1vusewh/c7f9f982/

      Padam
  8. ba bukan bias mengenai TGNA,itulah masalah utama dalam PAS, nk cakap tapi tak boleh nak diluahkan kepada umum, tapi kalau tak cakap bermakna menelan kepahitan sepanjang masa, mengkritik memang boleh tapi apakah memberi kesan jangkapanjang atau jangkapendek kepada perjuangan parti islam semalaysia, bila berhati hati dalam memberikan pandangan dikatakan lembap, bukan pemimpin masa depan, jika memberi kenyataan yang laju bimbang akan terkena sakit untuk jangka panjang.

    BalasPadam
  9. aku baca tulisan kau, aku baca tulisan wan ji dan aku baca komen pelayar blog.
    bagi aku kau berhak menyerang wan ji, krn kau berhak menyokong TGHH. Namun sindiran tajam kpd TGNA boleh mencetuskan pertentangan yg tiada kesudahan dari orang lain, kerana TGNA juga mempunyai pengikut tegar tersendiri (termasuk aku).
    Bacaan sejarah dari seorang dengan seorang lain berbeza, perbezaan timbul disebabkan pengetahuan dan kecederungan seseorang. Mungkin inilah sebenarnya yg membezakan wan ji dgn BatuApi.
    Sejarah lama hubungan PAS dan JIM, kadang-kadang perlu diungkitkan semula, dan kadang-kadang tidak perlu diungkitkan lagi. Di M'sia JIM bukan pertubuhan "alami", bahkan pertubuhan "kelompok" yg kebanyakan dianggotai oleh golongan profesional.
    Suatu hakikat sejarah yg perlu diperhatikan, bahawa penubuhan JIM (alami&IRC) hasil drpd kecederungan para pelajar kepada perjuangan Islam, terutama pelajar yg belajar di luar negara. Namun kelemahan organisasi dan tarbiyah dalam PAS dan kecederungan ABIM kepada UMNO (Anwar) telah membuka ruang kpd JIM bertapak.
    Persaingan makin meluas apabila masing-masing mendakwa (amat meloyakan aku) mereka adalah wakil kepada Ikhwan, atau ditarbiyah dan ditanzim oleh Ikhwan.
    Bahkan kadang-kadang nama pemimpin turut terheret sama, dimana tim. presiden PAS TGHH dijadikan sandaran, dan presiden Ust. Fadil Nor ditajrihkan.
    Selepas Anwar dipenjarakan, beberapa org kuat JIM menyertai PAS, dan mereka diberi peluang utk mengukuhkan dan menjadi pemimpin PAS. Namun sebelum bersama PAS, JIM kelihatan rapat dgn Anwar, mungkin krn ruang utk bergerak lebih selesa berbanding dgn bersama PAS. Keadaan ini kadang-kadang menyebabkan ABIM sendiri pun rasa tidak selesa dgn JIM.
    Mungkin inilah yg bermain diminda wan ji, dan mungkin sebab inilah beliau kelihatan tidak selesa dgn TGHH.
    Namun hanya tuan punya diri yg mengetahui, kerana aku sendiri tidak kenal kedua-dua jin yang bernama wan ji dan batuApi.

    BalasPadam
  10. BatuAir,
    1. Saya menulis bukan untuk mendapat sokongan atau pembelaan sesiapa. Saya menyatakan pandangan saya... itulah blog.

    2. Pandangan saya tidak bersifat menghina mana-mana kepimpinan sekadar menegur mana yang dirasai perlu. Saya tidak membela seseorang semata-mata kerana dia sama pandangan dengan saya. Ada kala saya tegur ada kala saya puji.

    3. Mengenai TGNA, saya sayang beliau sebagaimana sayangnya Nik Abdul kepada beliau. Saya kita kepada orang tua kita kadang kala perlu juga melihat rasionalnya.

    Saya juga mengalami bagaimana ibubapa saya membuat keputusan yang kurang rasional dalam beberapa hal keluarga (hal kecil sahaja) dan keluarga kami terpaksa akur dengan kehendak ibubapa atas dasar ketaatan dan penghormatan.

    Hormat dan taat, menjaga hubungan membuatkan seseorang itu dipandang mulia.

    Walahualam

    BalasPadam
  11. pada Wa amatlah berbezanya 1G dgn BA, melewati tulisan 1G wa pon xselera nak ulas perghh.... berbanding tulisan BA yg byk menjelas kekeliruan yg direka2 oleh sang pereka , mempertahan kepimpinan ulama' yg dibenci oleh sang pembenci ulama' dan bykla lagi yg lain2 tu Lu PK la sendiri. berkaitan dgn JIM/IRC tu ..aduss wa pon pro juga maa..(cuma wa maleh nak amek Ir tu sbbnya Ir tu hanya bahan lawok aje... wa bole sgt arah engineer wa buat paper dan submit kat persatuan..huhu..)kebanyakan yg wa jumpa org jIM/iRC ni mengaku je pro tp "gong sorang je" wa ckp Lu

    BalasPadam
  12. JIM apa JIM...Mau kata dah buleh ke jawatan, JIM pun buleh tukar jadi JIN...sembang..pro la kunon..

    Sekoq JIM macam JIN, YB Amirudin kat Kedah ni..diangkat dilambung oleh orang PAS, kagum...realitinya.., hampeh...

    BalasPadam
  13. http://celahgelegar.blogspot.com/2010/12/pru13-mampukah-pas-tawan-terengganu.html

    PRU13 - Mampukah PAS tawan Terengganu

    Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS yakin akan merampas semula Terengganu daripada BN kerana kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar sekarang tidak membawa apa-apa perubahan yang signifikan sejak BN menguasai semula negeri itu pada 2004.

    “Kita yakin untuk merampas semula Terengganu, Umno menang di negeri itu dengan penipuan, apa pembangunan yang dibuat di sana hanya stadium runtuh sahaja ” kata Hadi

    Ahli Parlimen Marang ini yakin PAS boleh merampas semula kerajaan negeri BN dengan “majoriti kecil” sambil mengatakan majoriti dua pertiga “tidak diperlukan” untuk mendapatkan mandat memerintah Terengganu.

    “Dalam pilihan raya lepas kita menang lapan kerusi walaupun BN menang tapi mereka tidak menang dengan majoriti besar. Bagaimanapun majoriti dua pertiga tidak penting, majoriti kecil sahaja sudah cukup ” tambah Hadi lagi.

    Mampukah PAS Menawan Terengganu dalam keadaan “Menopause” dan hilang “berahi”

    Saya tertarik dengan kenyataan bahawa Pentadbiran Pas Negeri Terengganu takut dan tidak berani diubah. Rakyat terbanyak ditarbiyyah Pas supaya berubah sedangkan Pentadbiran Pas Negeri Terengganu tidak mahu berubah.

    Kalau diukur dari segi pencapaian Pas Terengganu selepas dua penggal tinggal dalam buangan kerana digulingkan BN dalam pilihanraya umum 2004 dengan slogan "serik doh weh” pmpinan Deris Jusoh adalah mendatar dan tiada apa perubahan dan produk baru yang membanggakan lahir.

    Sedang kita berlumba-lumba dengan kemajuan pesat teknologi globalisasi tanpa sempadan yang penuh dengan pertanyaan, Pas Terengganu masih lagi dibelenggu dengan idea dan pendekatan lama tanpa perubahan selain daripada ceramah, ceramah dan ceramah yang semakin hari sudah kurang mendapat sambutan kecuali dalam musim pilihanraya. Itupun bergantung kepada siapa penceramahnya.

    Pentadbiran Pas terengganu seolah-olah sedang dalam proses “Menopause” dan jelas seperti hilang “berahi” untuk menawan kembali Terengganu selepas dua penggal berlalu.

    Mampukah orang yang hilang "berahi" menawan Terengganu?

    BalasPadam
  14. tak ada point lain dah ke nak bantai pimpinan TRG??? bila timbul isu yg mengancam survival "mereka" terus dialih ke pimpinan TRG ye??? kenapa? mungkin mereka tidak subur di TRG,pimpinan yg ada di TRg adalah pure PAS,inilah peluang mereka nak bantai...
    Wan Ji tu saya ingat dia mula berubah masa mula dapat menulis dgn ANBAKRI PUBLIKA... anda semua tentu dapat baa kenapa kan???

    BalasPadam
  15. Ada can buat isu nie !! he..he.. ada jugak tak ngam nyer..aku ingat kan okey Pas nie...

    BalasPadam
  16. pegangan Puak2 jim/irc perjuangan no.2 , kuasa no.1. Pernah bersama umno bila nampak ruang kuasa melalui anwar. Bila anwar mampos dlm umno, berduyung2 masuk pas pulak, buat jemaah dlm jemaah! Tidak join usrah pas tapi buat usrah sendiri sambil mengheret ahli2 pas yg betul bendul! Selepas pru2008, mungkin ramalannya dah dekat ke putrajaya, maka dihuruharakan pas, pukul pemimpin, pertikai kepimpinan ulama ...... kerana nak kuasa. Mana ada ulamak dlm jim! ulardalamsemak adalah! Profesional konon... cis.... dalam pas sebelum ni pung dah beribu pro, tak timbul masalah pun! sebab pro dulu2 join kerana yakin kebenaran perjuangan islam dlm pas bukan GILA kuasa macam sesetengah pro@jim sekarang! Benarlah apa yg berlaku sekarang yg ditulis oleh bekas ahli irc/jim (dato'.pro.Dr.ir.) dlm buku nipisnya tentang perjuangan/cita2 irc/jim. jika berminat, emel saya pahnah58@gmail.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog