Terbaca tulisan terbaru Wan Ji bertajuk UMAR DITERIMA SELEPAS ISLAMNYA, WAIMA ZALIM DI ZAMAN KUFUR. Wan Ji menggunakan pendekatan Islam bagi menghalalkan apa sahaja yang memenuhi cita-cita dan hasrat "orang" yang disertainya.
Tak payah ulas panjang, pembaca mungkin faham apa yang nak diterangkan oleh Wan Ji yang selalu menggunakan al Quran, Hadis dan kisah-kisah Islam bagi membenarkan apa yang dibuat dan "disertai"nya.
(Gambar: Gambar dicilok daripada laman Wan Ji, sekadar menyamai laman Wan ji, mungkin tak berkaitan kot!)
Petikan tulisan Wan Ji saya panjangkan di sini untuk difahami;
Dunia, sejak dahulu sehingga kini memuji keadilan sejagat yang ditunjukkan oleh Umar. Mana tidaknya, bukan beliau sahaja telah membuktikannya, malahan cicitnya yang bernama Umar bin Abdul Aziz juga telah membuktikannya juga.
Inilah Umar yang telah berjaya mencipta nama di dunia. Beliau mencipta nama atas prinsip Islam. kerana prinsip islam, dia meninggalkan jawatannya, waima jawatan beliau ketika itu lebih besar dan lebih bernilai dari segala jawatan menteri di Malaysia.
Jika beliau wujud dalam pakatan rakyat, inilah tokoh yang wajib dikehadapankan untuk menjawat jawatan perdana Menteri, malahan lebih daripada itu.
Maaf saya terpaksa menulis, terpaksa menerangkan walaupun situasi tidak secucuk sekarang ini kerana kita sedang "berperang". Ya saya terpaksa kerana melihat ramai dikalangan kita telah dikelirukan dengan kaedah dan cara Islam, dengan kata-kata manis dalam penulisan yang boleh menukar yang hitam menjadi putih dan yang putih menjadi hitam.
Saidina Umar setelah Islam tidak lagi menyebah "berhala" dalam semua rupa bentuk secara lahir ataupun batin. Dulu Saidina Omar peminum setelah Islam dia tidak lagi peminum. Saidina Omar zalim, tapi selepas Islam dia tidak lagi zalim (zalim juga di difinasikan sebagai meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya)
Tapi Saidina Omar sekarang yang diagongkan oleh Wan Ji sehingga sangguh menghina Timbalan Mursyidur Am dan Presiden PAS adalah Saidina Omar yang namanya sahaja Islam, berada dalam Islam tetapi cara hidupnya masih "jahililyyah".
Wan Ji buta, tuli dan tidak mahu mendengar peringatan orang lain kerana Wan Ji rasa dia berada di jalan yang betul dan benar. Memang saya kasar dengan anda sekurang-kurangnya saya boleh jawab di sisi Allah saya telah memberikan banyak peringatan kepada anda. Wan Ji saya mempercayai bahawa saya dan anda akan dinilai oleh Allah dengan segala apa yang kita tulis di internet ini. Tidak ada satu incipun, tidak ada satu patah perkataan pun yang tercicir dan penghitungan Allah s.w.t.
Ok, jika sekiranya saya salah tegur saya sebagai Islam mengajar anda! Jika saya betul kenapa tak boleh nak hilangkan ego untuk menerima kaedah dan cara Islam?
Dalam Islam kita boleh berbeza pandangan, meraikan pandangan tetapi bukan melempar fitnah dan tuduh dengan tuduhan yang kita tak pasti kebenarannya. Kita perlu faham konsep berbeza pandangan dengan tuduhan atas suatu pandangan. Begitu juga dengan mesyuarat, tidak semestinya pandangan yang betul akan diterima kerana itu Islam mengajar kita menghormati keputusan syura mesyuarat.
Banyak kali saya ulang perkara ini iaitu dalam hal organasasi (jamaah), setiap perkara, setiap sudut, setiap pendapat mestilah berasaskan kepada syar'i, manhaji, syumuli, wasati, waqi'i dan ta'silil. Binaan dan kerangka pemikiran dan sudut pendapat kita mestilah berasaskan kepada Harakah Islamiyyah.
Saya banyak kali menulis mengenai wan ji, anda boleh baca dan nilai di sini;
1. Al Bakistani (Ustaz Wan Ji) menunjukkan diri sebagai perosak PAS
2. Tertarik dengan kenyataan Kickdefella - dalam akhir ayat saya menyebut perkara ini kepada Wan Ji.
3. Ulas artikel berforum dengan Dato' Nakhaei
4. Kenapa perlu bawa Dato' Harun Taib untuk berhujah perkara tak khilaf?
5. Al Kisah anak suka bohong dan fitnah
Sekali saya ulang jika saya silap dalam penulisan saya tolong betulkan saya dengan hujah yang benar, supaya semua pembaca mendapatkan maklumat yang sah dan benar. Bunuhlah fitnah kerana fitnah merosak dan menduka cita orang yang terkena.. bagaimana jika fitnah terkena pada kita?
pujian pujian wan ji begitu hebat kepada calon hulu selangor, dua tiga entry meludah tok guru presiden, dah berfikir ikut kepala lutut gamaknya. menggunakan sejarah silam untuk mengagongkan ketokohan baru yg jelas menyimpang, hebat hebat wan ji menulis kata kata sanjungan. wan ji dah semakin hebat. cucu mamak kutty akan mengulas selepas ini.
BalasPadamwan ji jelas orang nya tapi FZT dan batuapi siapa lah agaknya. Yang suka berselindung itu adalah orang pengecut dan tidak syak lagi walau satu hurufnya tidak perlu diterima. Berani kerana benar dan takut kerana salah seperti perpatah melayu.
BalasPadamjgn pandang pada orgnya, teliti apa tulisannya, jika hujahnya benar terima sbg peringatan, jika hujahnya bohong dan berbelit nanti Lu baca pun boley sembelit
BalasPadamkalau berpolitik tu biar ada akhlaknya. jangan sampai mulut sahaja yang berkata politik ikut sunnah nabi tapi hati tak pun. takut besok kita sibuk mengatakan pada orang yang mereka munafik tapi last2 kita sebenarnya yang munafik
BalasPadam