Terbaca tulisan penuh emosi (mungkin letih berSMS dengan Cikgu Pa agaknya!) oleh seorang penulis bernama Tulang Besi @ Seluaq Dalam menghentam seorang blogger. Artikel ini boleh dibaca di sini dengan tajuk Siri Menjawab Tomahan Bodoh: "USRAH BARBICAN"Tulang Besi @ Seluaq Dalam tak payah besar-besarkan isu Usrah Barbican. Usrah Barbican boleh dibuat ditempat yang tertutup. Pesan sahaja Barbican dan Nasi Arab bungkus lagi mudah. Lagi mudah misalnya Wan Jo, pemandu Exco akan datang ambil dia di rumahnya untuk buat Usrah dengan Exco bagi membincangkan bagaimana maklumat dan strategi menaik dan menurunkan imej kepimpinan. (Jangan cabar saya dedah, nanti saya akan sebut nama Exco berkenaan, siapa pemandu yang diarah akan pi ambil Wan Jo dan di mana dia bertemu - ada beberapa tempat. Saya dinasihati kawan jangan dedah aib seseorang melainkan memberikan keinsafan akan tugas sebenar sebagai daie)










