Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Sabtu, 10 April 2010

Tulang Besi cuba mengalih isu sebenar

Terbaca tulisan penuh emosi (mungkin letih berSMS dengan Cikgu Pa agaknya!) oleh seorang penulis bernama Tulang Besi @ Seluaq Dalam menghentam seorang blogger. Artikel ini boleh dibaca di sini dengan tajuk Siri Menjawab Tomahan Bodoh: "USRAH BARBICAN"

Tulang Besi @ Seluaq Dalam tak payah besar-besarkan isu Usrah Barbican. Usrah Barbican boleh dibuat ditempat yang tertutup. Pesan sahaja Barbican dan Nasi Arab bungkus lagi mudah. Lagi mudah misalnya Wan Jo, pemandu Exco akan datang ambil dia di rumahnya untuk buat Usrah dengan Exco bagi membincangkan bagaimana maklumat dan strategi menaik dan menurunkan imej kepimpinan. (Jangan cabar saya dedah, nanti saya akan sebut nama Exco berkenaan, siapa pemandu yang diarah akan pi ambil Wan Jo dan di mana dia bertemu - ada beberapa tempat. Saya dinasihati kawan jangan dedah aib seseorang melainkan memberikan keinsafan akan tugas sebenar sebagai daie)

Khamis, 8 April 2010

Terpaksa dibedah kerana main SMS

Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Lincolnshire, Illinois, Amerika Syarikat (AS), Annie Levitz bakal menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya selepas dia menghantar lebih 100 khidmat pesanan ringkas (SMS) sehari dari telefon bimbitnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Levitz yang berusia 16 tahun hilang deria rasa pada kedua-dua tangannya dan dia tidak boleh mengangkat barang-barang tertentu akibat terlampau aktif menghantar SMS.

Sarapan pagi seorang Menteri Besar, pandangan saya

Saya terbaca satu artikel daripada Cikgu AlHusseyn yang bertajuk Sarapan pagi seorang Menteri Besar yang diambil daripada tulisan Wan Rusma Deris dan terlintas untuk menulis sedikit mengenai artikel ini kerana gambar TGNA cukup menyetuh hati saya.

TGNA seorang yang cukup zuhud dan ramai dikalangan pimpinan PAS pun begitu juga kerana mereka ditarbiyah begitu melainkan jika ada program-program tertentu menyebabkan watak, pakaian dan cara makannya nampak semacam asing.

Rabu, 7 April 2010

Cikgu Pa dan Tulang Besi a.k.a Seluar Dalam

Saya telah berjanji untuk menulis mengenai Cikgu Pa dan Tulang Besi. Hari ini saya tunaikan janji saya dan kenapa saya menangguh begitu lama sebelum saya menulis perkara ini saya akan penjelaskan pada tulisan ini nanti.

Cikgu Pa semua orang kenal. Antara manusia dalam PAS yang berani "break" semangat 16 September. Memang dia sengaja. Masa buat sidang akhbar di KL dia boleh minta padamkan kamera video tetapi seolah-solah sengaja menyuruh menulis beberapa perkataan yang cukup sensitif.. apa yang disebut dan tidak mahu dirakamkan. Dibuat lagi sidang di akhbar di Terengganu.

Hasil makluman "segera" daripada pihak akhbar harakah juga, TGNA mengamuk sakan!! TGNA selepas itu ke KL ditumbuk-tumbuknya gambar muka Cikgu Pa sambil berkata kalau saya muda saya ludah dia ini. (bahasa TGNA dialih dengan bahasa yang mudah faham) Malam itu TGNA berceramah di Taman Melewar semua orang tahu bagaimana marahnya TGNA.

Ulas lagi pasal komen Xenan

Bersyukur, apabila artikel saya telah dibalas, sebelum ini banyak artikel saya tak ada respon seolah-olah macam orang tak iktiraf saya sebagai penulis. Terima kasih Xenan!!

Tapi bila sejenap berfikir, Tahulah saya, menulis dengan fakta yang betul, hujah yang benar bukan fitnah dan putar belit fakta orang yang "terkena" batang hidung tidak akan mengulas dan memberikan respon. Mereka terdiam membisu dan mengalih dengan isu-isu lain. Benarlah kata-kata Tok Guru Nik Abdul Aziz, mereka adalah "blogger celaka" yang cuba mengubah pandangan masyarakat.

Artikel terbaru saya mendapat respon kerana dikata tidak menepati fakta. Masa inilah boleh hentam sama batuapi biar dia tahu langit itu tinggi atau rendah!!

Isnin, 5 April 2010

Hanya Dua Kopitiam yang ada sijil halal daripada JAKIM

Pernahkah anda makan di cafe kopitiam yang tubuh bagaikan cendawan. Kalau 2-3 tahun dahulu sibuk dengan cafe berkonsepkan Bistro tetapi sekarang pula trend cafe berkonsepkan kopitiam.Antara yang top Old Town Kopitiam, Jonker Walk Kopitiam, Bangi Kopitiam, Uncle John kopitiam, PapaRich Kopitiam, Pak Hailam Kopitiam dan banyak lagi yang mungkin teman-teman pun boleh tolong tambahkan dalam ruangan komen.

Bila kita menjenguk ke dalam kopitiam ini sudah pasti kita akan melihat berbagai bangsa dan agama yang sedang enak menjamu selera termasuklah umat Islam. Hampir semua kopitiam ini mempamerkan logo HALAL untuk menarik perhatia pelanggan Islam. Majoriti daripada kopitiam ini juga menggunakan staff Islam. Sungguh memeranjatkan berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hanya ada 2 kopitiam sahaja yang memperolehi SIJIL HALAL daripada JAKIM iaitu PAK HAILAM KOPITIAM dan JONKER WALK KOPITIAM.

Pasal Xenan, pelukis logo PAS Reform

Hari ini saya nak tulis santai-santai aje. Kalau nak bersantai, nak berhibur pi lawat laman geng PAS Reform. Joke sakang!! Tulisannya boleh dikategorikan lawok 18SX. Bahasanya mak datuk mengalahkan bahasa "lembu berlaga"

Xenan ini, ada member cakap cikgu. Tapi saya cakap betul-betul memang saya tak kenal dia. Tak pernah jumpa dan tak pernah bercakap. Tahu pun ada orang kata dia yang buat logo PAS Reform. Dia haramkan mana-mana blogger yang letak logo PAS Reform kalau mempertahankan batang tubuh pimpinan PAS. Ini saya setuju.

Saya sebenarnya menulis pasal Xenan bukan apa, hanya nak komen artikel dia pasal Ajaran Asabiah Haram Jadah Tranungkita aka PAS.

Ustaz Nasharudin Mat Isa Pengarah Jentera Pilihan Raya Hulu Selangor, Apa kata blogger celaka?

Pertama saya minta maaf perkataan blogger celaka. Perkataan ini bukan perkataan saya tetapi diaditapsi daripada apa yang diluahkan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz mengenai gelagat sesetengah blogger yang memutar belitkan fakta dan mengeruhkan hubungan sesama mukmin dan melemahkan jamaah Islam.

Ok. Hari ini Datuk Mahfuz Omar mengesahkan bahawa Ustaz Nasharuddin Mat Isa telah dilantik sebagai Pengarah Jentera Pilihan raya kecil kali ini. Mahfuz Omar berkata;

Ahad, 4 April 2010

Pertemuan 4 Mata antara Ustaz Fadhil Noor dengan Dr Mahathir Mohamad

Saya tertarik untuk membawa pembaca  merenung bersama bagaimana seorang pemimpin parti Islam haruslah berjiwa besar dan bersifat terbuka. AlMarhum Ustaz Fadhil Mohd Noor adalah tokoh Presiden PAS yang boleh di contohi. Anda baca komen Hanipa Maidin dalam tulisannya Merenung Kebijaksanaan Almarhum Ustaz Fadzil Noor.

Saya juga terbaca tulisan seorang wartawan Harakahdaily yang jumud Zainulfaqar menulis dengan tajuk Presiden PAS mengaku bertemu dengan PM! dengan tujuan menyerang keseluruhan kepimpinan PAS terutamanya Presiden dan Timbalan Presiden. Wartawan ini merasai dirinya terselamat kerana Zulkifli Sulong berada dibelakangnya. Zulkifli Sulong sebagaimana saya telah menulis dahulu "saling garu mengaru" dengan Cikgu Pa.

Sabtu, 3 April 2010

Siapa pembocor rahsia PAS?

Apabila saya mendedahkan maklumat bahawa Tulang Besi @ Abdul Rahman Talib tidak membayar yuran keahlian yang hanya RM3 setahun. Bukan sekali malah dah banyak tahun menyebabkan status keahliannya dikategorikan sebagai ahli tidak aktif, TB begitu marahkan saya.

Pembohong akan tidak lari daripada tabiatnya untuk terus berbohong; Anjing kalau dah makan tahi; tak dapat tahi baunya sudah cukup.

Saya dikatakan sebagai bahaya kerana mempunyai maklumat rahsia PAS sehingga satu tindakan perlu diambil kepada saya. Pelbagai tuduhan bodoh sebagaimana TB mereka-mereka cerita untuk burukkan Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin juga direka untuk menunjukkan saya di bahaya. Saya di tuduh sebagai Songkok Putih, Selepas itu saya dituduh kerja di Pejabat Agung PAS. Saya juga disebut sebagai Haji Azhari (entah siapapun aku sampai hari ini belum kenal mamat ini). Saya juga di tuduh meor sebelum Ali zaidan dituduh dengan perkara yang sama. (baca di sini http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/03/ali-zaidan-pula-cabar-tulang-besi.html)

Serangan untuk pecah belahkan PAS

Saya ditanya kepada tak mengulas isu Ustaz Nasharuddin Mat Isa tidak hadir dalam perbahasan di Parlimen yang ditulis oleh Zainulfaqar. Tergelak dan mengeling kepala. Saya berkata, tulisan saya tak ada yang nak menjawab. Mereka sekadar melempar "telur busuk" sahaja.

Sebab mereka adalah "agen" yang ditugas untuk membunuh kerier pimpinan yang menganggu urusan pencaturan politik demi kepentingan bersama.

Kawan saya merenungi saya dan saya menganggap bahawa dia tertarik dengan maklumat ini. Terlintas suaranya "ada bukti dan maklumat ke?".
test

Video Malaysiakini.com

test

Komentar Blog