Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Rabu, 14 April 2010

Pencacai TB menyerang pada komen di blog ini

Saya sebenarnya ingin berehat dan menumpu kerja-kerja pilihanraya kecil Hulu Selangor. PAS perlu berikan komitmen dalam PRK ini. Ustaz Nasharuddin adalah pengarah Pilihanraya Kecil untuk PAS, dan sebagaimana yang ditulis sebelum ini memang atau kalah Ustaz Nasha berisiko akan menjadi "kambing hitam". Tapi Islam mengajar kita tentang tanggungjawab soal pandangan dan tuduhan liar harus diketepikan biar Allah mengajar mereka yang berhati busuk ini.

Blog ini telah dikomen oleh Tanpa Nama, (Dulu saya tak buka kepada umum untuk komen tapi atas dasar keterbukaan saya membukanya kepada sesiapa sahaja boleh komen tanpa edit dan penapisan) dengan komen yang prajudis.


Budaya Pertelingkahan Pendapat Adalah Sesuatu Yang Sihat?

Saya berpendapat TB sudah tidak akan menjawab. Dia sekadar menyerang mereka yang daif dalam berhujah dan melari diri apabila berhujah dengan fakta. Saya rasa semua pembohongannya sudah tidak boleh ditutup lagi. Itu belum lagi kita bongkar tuduhan-tuduhan liar yang dibuat sepanjang beberapa tahun ini.

PRK Hulu Selangor sedang rancak diperkatakan tenaga dan usaha perlu di tumpukan. Tak kira siapa yang bertanding daripada PR kita haru bersama berganding bahu ke sana, berkampung dan menumpukan sepenuh tenaga. Jika boleh bercuti bagi yang bekerja, kita bercuti. Inilah masa untuk memberikan sumbangan demi menegakkan keadilan, memamparkan Islam dan menunjukkan gah organasasi Islam di mata masyarakat.


Selasa, 13 April 2010

Anjing sudah tidak suka tulang lagi..

Bila saya beritahu kepada pembaca bahawa anjing tidak gemar makan tulang lagi, mungkin anda akan bertanya kepada saya, betul ni Batu Api? Anda mungkin juga terfikir bahawa saya ingin menguji kepintasan berfikir. Ya mungkin tulang kayu atau Tulang Besi (bukan seluaq dalam), yang sudah pasti tidak akan "berselara" nafsu si anjing berkenaan.

Tapi jika anda baca berita yang di siarkan oleh AP anda akan dapat jawapannya.

Pembohong serba tahu..

Saya terbaca lagi satu artikel daripada penulis yang serba tahu bertajuk Zaid Ibrahim Calon PKR Hulu Selangor. Kenapa saya kata serba tahu, kerana penulis ini akan memberitahu bahawa semua maklumatnya adalah betul dan benar, tidak ada yang palsu melainkan benar belaka.

Petikan terbaru artikel Tulang Besi @ Seluaq Dalam ialah;

Ini bermaksud maklumat yang Tulang Besi dapat seminggu yang lepas adalah benar. Semoga pemilihan ini diberikan kemenangan oleh Allah SWT. Walaupun saya antara yang paling tidak suka Zaid sewaktu beliau dalam UMNO dulu kerana memfail saman terhadap undang-undang hudud di Kelantan yang beliau telah tarik.

Isnin, 12 April 2010

Apabila satu team pura-pura bergaduh...

Tadi pulang daripada merantau, sambil melayari internet terbaca tulisan Tulang Besi bertajuk Cabaran Kepada KICKDEFELLA: Sila Buat Laporan Kepada SPRM saya tersenyum, terhibur dengan opera sarkas geng Task Force 13.

Kena diperbodoh lagi pembaca dengan puak-puak ini. Hati kecil terasa untuk menulis, walaupun saya rasa si Seluaq Dalam ini tak berani menjawab tulisan saya. Penipu @ Pembelit mana berani bersemuka, berhujah dengan fakta yang benar. Kalau jantan jawablah.

Tak payah nak lari daripada isu sebenar! Kalau benar berhujah, takkan hujah benar boleh mengalahkan hujah yang batil, melainkan memang dah sebati sebagai pembohong kerena kecewa dengan jawatan CEO sama juga dengan Kickdefella..

Kenapa perlu berlakon, hentam sesama sendiri?

Semoga Allah memberkati Tok Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS

Fitnah kepada TGNA, makin menjadi-jadi. Kadangkala sukar untuk dibuktikan kepalsuannya sebagaimana Nabi Allah Yusof a.s. difitnah sehingga Allah memberikan pertolongan, sebagaimana isteri Rasulullah s.a.w juga terfitnah sehingga Rasulullah s.a.w berduka cita.

Permainan fitnah oleh blogger yang disebut oleh TGNA sebagai "blogger celaka" semakin menjadi-jadi sehingga hilang rasa keislaman pada diri membuatkan orang yang terfirnah teraniyai. Begitu juga dengan TGHH, Dr Harun Din , Ustaz Nasa, Dr Hassan Ali dll mereka juga dilibatkan dengan pelbagai tuduhan yang yang dihubung jaling agak kebenarannya nampak terjelas dan kepalsuan ditengelamkan.

Ahad, 11 April 2010

Ulas artikel berforum dengan Dato' Nakhaie

Saya teringat pasal Usrah Barbican, tulisan TB lalu saya membuka laman Al Bakistani kerana laman ini senonim dengan Barbican. Terpapar artikel baru Wan Ji bertajuk Berforum dengan Dato' Nakhaie. Tidak berhasrat untuk mengulas mengenai Dato' Nakhaie yang pernah baling kertas kerja kepada geng Terengganu dalam mesyuarat Harian PAS Pusat tapi berminat dengan satu petikan pendapat Wan Jin iaitu;


Antara kupasanku tentang Islam di alam melayu, aku mengemukakan beberapa pembuktian, seperti penggunaan kalimah Melaka yang berasal dari kalimah arab, iaitu ‘Malqa’ yang bermakna ‘tempat pertemuan’ pedagang arab dan India dalam menyebarkan Islam di tanah melayu. - Wan Ji AlBakistani
Saya tak setuju kedatangan Islam di Melaka adalah tempat pertemuan pedangan Arab dan India dalam menyebar Islam di Tanah Melayu. Ini semua adalah mitos dan dogengan pejajah Inggeris yang masih berpaku di kepala otak sesetengah masyarakat kita tak kira apa latar belakang pengajian agamanya.

Sabtu, 10 April 2010

Ulasan pendek kepada Mamat yang baru kenal Memali

Terbaca secara tak sengaja satu artikel bertajuk MEMALI OH MEMALI. Penulis artikel itu ada menulis satu komen berbunyi;

Yang dok ingat kes Memali kini ialah geng jalanan - ada sajak khas dan nyanyian khas Memali oleh anak muda pro reformasi. Ahad ini geng human rigaht pula mengingat Memali. Geng Pas hanya sibuk nak memerintah Malaysia sahaja agaknya....

Antara Tulang Besi dengan Tok Guru Haji Abdul Hadi

Sambung lagi perbandingan kepimpinan yang agung dan membongkar penyelewengan PAS. Sebelum ini saya telah membuat perbandingan antara Kickdefella dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz dalam tajuk Antara Kickdefella dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Saya sambung pula dengan pakar pendedahan masa kini yang unggul, Tulang Besi dengan falsafah khabar angin adalah benar.

Antara Kickdefella dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz

Dah letih layan tulisan berfakta dengan geng usrah barbican, aku nak tulis santai ajelah. Santai ni juga bukan perkataan aku sebagaimana perkataan blogger celaka. Kalau Ezam Mohd Nor kagum dan meniru gaya percakapan Anwar, masuk UMNO pun masih bercakap macam dan gaya Anwar.

Penulisan dan gaya percakapan sebenarnya boleh ditiru dengan pelbagai tujuan. Saya sekadar beritahu sahaja, nak percaya atau tidak anda semua ada akal boleh berfikir. Jangan nanti orang gelak kerana kebodohan kita "mencari hantu".

Rahsia dan Tak Rahsia

Membaca tulisan daripada bos PAS Reform, Aduka Taruna pasal Pendirian isu ‘Rahsia Parti’ oleh PAS REFORM, membuatkan saya ingin masuk gelanggang. Tapi setelah melihat Ali Zaidan telah "membelasah" teruk AT saya tak jadi, mana boleh dua ahli gusti masuk sekali gelanggang! Kita ahli gusti baik berg!! (Tapi ikut logik mana boleh SP menulis serentak kan??)

Kalau nak berhujah dengan Aduka Taruna (AT), tak payah pakai ilmu sangat, dia kurang faham. Saya ingat pasal kurang fahamlah sampai hari ini AT tak terjawab tulisan Ali Zaidan (AZ).

test

Video Malaysiakini.com

test

Komentar Blog