Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Selasa, 29 Jun 2010

Baju T PAS Reform

Saya tak nak menulis serius dalam isu baju T PAS reform, sekadar mengulas mana-mana yang agak patut. Rasanya dua kali si Aduka Taruna telah minta maaf pasal baju ini kepada pembeli. Dah banyak bulan pasal baju ini  juga tak dapat diselesaikan.

Sudah banyak keringat dan usaha dilakukan untuk buat promosi baju T ini. Wan G adalah manusia paling prihatin pasal baju T, dia cukup bersungguh-sungguh mengalahkan Xenan & Evelyn.

Xenan & Evelyn pun mula malas nak layan si Aduka, hangpa masih lagi jadi tenuk C++??

Urus baju T 'small project' pun budak-budak reform ini tak boleh buat. Bukan sahaja tak boleh buat, kena tipu pula tu! Ada semacam spesis pandai cakap tapi tahi bergelumang di punggung.

Jumaat, 25 Jun 2010

Jawapan untuk Topeng Perak 2 kali Bangang

Menulis ada seni sebagamaina mengambil gambar juga ada seni setakat guna kamera Sony Alfa200 jika tak meniarap atau menunggeng ummp!! gambar tak akan menjadi (tak ada ummp!! macam iklan teh Lipton). Betulkan Pojie??

Pojie ni pandai bercakap aje tapi pasal nak laksana yang dia cakap nampak macam tak boleh. Jangan begitu, kita kalau menulis atau bercakap biarlah pa yang kita cakap atau tulis itu benar-benar kita hayati.

Khamis, 24 Jun 2010

Masih menegak benang basah untuk memburukkan Ustaz Fadzil Noor

Bila saya menerangkan kepada pembaca dengan hujah bahawa persoalan wala` selalu dibicarakan dalam mana-mana perjumpaan dengan almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, budak-budak baru yang yang masih mentah dengan PAS akan mengatakan tidak dengan tulisan-tulisan yang hambar tanpa sebarang hujah.

Mereka tidak pernah hadir dalam mana-mana muktamar, malah kalau hadir pun sekadar menjadi pelobi yang nak menaikan seseorang dan menjatuh seseorang demi nafsu fikiran yang sempit dalam politik kelompok.

Saya telah mengemukan beberapa siri ucapan dasar Presiden PAS semenjak daripada almarhum Tuan Haji Yusof Rawa sehingga sekarang. Saya sebenarnya mengajak mereka ini berfikir, berhujah dengan fakta membaca dan membuat komen dengan ilmu bukan dengan nafsu. Tapi nampak mereka lebih suka mengulang-ulangi kesilapan untuk menunjukkan kebebalannya.

Ahad, 20 Jun 2010

Topeng Perak singkirkan Tulang Besi daripada Perisik Rakyat

Abdul Rahman Talib, Tulang besi @ Sluaq Dalam antara yang disebut sebagai blogger celaka atau blogger luncai dalam muktamar PAS ke-56 berlangsung di Putik baru-baru ini telah menerima satu pukulan lagi apabila Topeng Perak @ Unmasked telah menyingkirkannya daripada menjadi salah seorang editor laman Perisik-Rakyat.

Sebelum ini Abdul Raman Sluaq Dalam selalu mengemaskini laman Perisik-Rakyat malah kadang kala laman ini lebih didahulukan daripada lamannya sendiri iaitu Malaysian Waves.

Sabtu, 19 Jun 2010

Mana perginya wang puluhan ribu Tabung Guaman?

Dulu kita diminta untuk menderma dan memberikan sumbangan kononnya untuk memastikan setiap aduan salahlaku yang dilakukan terhadap pimpinan PAS tidak mudah dipandang remeh oleh mereka yang bertanggungjawab dalam parti.

Kita dimomok wujud ketidakadilan dalam pengendalian disiplin parti. Beberapa-beberapa tokoh hebat dan berwibawa terheret sama di kecam kerana momokan ini. Tanpa sebarang peluang pemimpin yang diberikan amanah telah dinistakan dalam blog-blog yang disebut sebagai blog pro Pakatan Rakyat dan tidak terkecuali dengan kumpulan yang dikenali sebagai PAS-Reform.

Abdul Rahman Talib @ Tulang Besi @ Sluaq Dalam telah menerajui kempen membuat persepsi ini dan satu aduan salah laku telah dibuat. Kita diminta untuk menderma bagi menjayakan versi dan misinya.

Jumaat, 18 Jun 2010

Zahrain pernah minta pasir, Tulang Besi pernah minta CEO

Zahrain, Ahli Parlimen Bayan Baru, menyebut di Parlimen kononnya Anwar mahu memecat Elizabeth Wong. Namun, tahukah anda, Zahrain yang sama pernah berjumpa Tan Sri Khalid untuk meminta kontrak pasir dari KSSB?

Abdul Rahman Talib @ Sluaq Dalam yang telah membuat aduan kononnya wujud pelanggaran parti kepada Dr Hassan Ali. Namun tahukah anda, Abdul Rahman Sluaq Dalam @ Tulang Besi ini pernah berjumpa Dr Hassan Ali memohon jawatan CEO satu syarikat anak negeri Selangor??

Apa beza Rahman Talib @ Tulang Besi dengan Zahrain?

Fitnah kepada almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor

Pada 23 Jun 2010, genaplah 8 tahun pemergian seorang tokoh pejuang Islam yang tidak asing lagi di tanah air, Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Beliau telah kembali menemui kekasihnya pada tanggal 23 Jun 2002. Semoga rohnya ditempatkan bersama para anbiya dan syuhada. Al-Fatihah...

Saya terbaca satu artikel berkenaan beliau oleh Tulang Besi @ Sluaq Dalam yang bertajuk Zaman Ustaz Fadzil, Jarang Kita Dengar Wala’ Diungkapkan. Artikel ini penuh dengan fakta yang salah dan cuba menunjukkan perbezaan antara almarhum Tuan Haji Yusof Rawa dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang kesemuanya adalah Presiden PAS penyambung perjuangan Islam dan gerakan Islam.

Saya da banyak menyimpan kertas-kertas kerja beliau, tapi untuk permulaan ini saya akan fokuskan kepada ucapan Dasar yang dibuatkan oleh beliau.

Khamis, 17 Jun 2010

Fiksyen Langgar Hadi versi 3D

Suatu hari Aduk @ Kaduk dan isterinya berkereta untuk ke projek Langgar Hadi. Odyssey (nama orang) mengikuti dari belakang dengan sebuah kamera sony Handycam yang dimenangi peraduan dalam peraduan teka bola 5 tahun lalu (bukan judi bola).

Tiba-tiba isteri Aduk bersuara dengan terketar-ketar, "Be datang ni". Aduk menjawab "Datang Gapo?" (lorat kelete yang dipelajari 2 bulan lalu).

M enjawab tulisan TG Bukan Maksum, Tidak Bermakna Tidak Boleh Akui Kesilapan...

Isu UG dah tutup buku beberapa kali tapi ada juga 'kepala masuk air' masih nak mainkan isu ini. Entah apa sebab aku masih kabur. Tepat sekali kata Tok Guru Nik Abdul Aziz "Blogger Celaka". TGNA dalam muktamar baru-baru ini menegur sikap perwakilan yang menggunakan bahasa yang tak enak kepada musuh politik.

Semua orang boleh mendengar ucapan TGNA dalam sesi pengulungannya. Tapi TGNA guna perkataan celaka kepada sesetengah blogger kerana apa? TGNA ulama yang dihormati memang arif dan beliau sudah pasti lebih arif dengan musuh-musuh dalam selimut.

Musuh dalam selimut bukan semestinya UMNO dan APCO, ahli parti atau penyokong yang jahil tapi tak mahu mengikut usrah, tarbiyyah juga boleh dikategorikan sama. Malah kadang kala lebih daripada musuh sebenar yang sudah pasti kita mengenalinya.

Lagi pasal kamera

Muqadimah tulisan jawapan saya kepada Pojiee @ Topeng Perak telah diulas oleh TP sebagai lari daripada tajuk. TP itu baru induksi dan induksi tidak semesti menjurus terus kepada tajuk. Induksi biasanya menjurus kepada intipati atau tujuan sebenar apa yang ditulis.
Tak apa, terima kasih atas komen muqadimah tersebut. Terima kasih juga dengan istilah atau panggilan "Mat Kunyit". Aku tak tahu apa maksud mat kunyit ini, kalau boleh tolong bagi pencerahan. Aku ni kurang arif dengan istilah-istilah geng reform.

Yang aku cerita kamera Nikon D70s sebenarnya sengaja nak bandingkan dengan kamera Sony Alfa200. Engkau ingat aku tersilap tulis ke? Atau main-main ke? Seperti engkau sebut aku menulis ini aku buat "homework"

Rabu, 16 Jun 2010

Ulasan satu untuk tulisan Topeng Perak

Syukur, jarang tulisan aku mendapat respon tapi kali ini meriah betul, bila tulisan ini diulas oleh penulis atau blogger tersohor, pro Pakatan Rakyat pula tu! bukan senang beb, nak jadi blogger pro Pakatan Rakyat, maklumat nak kena tepat. Betulkan Pojie?

Aku pun tak tahu nak jawab mana satu, banyak sangat aku dihentamnya. (baca di sini Kenapa Pilih Jadi Bangang..? ) Macam kendurilah, senangnya hati pojiee atau lain bahasa macam menang "Judi Bola" aje. Masa ini nak kerjakan si BatuApi @ FireStone. Engkau orang buat open table "barbican" di mana?

Lowyar buruk aku pun Pojie aku menulis pakai akal bukan tulis sebarangan ikut nafsu. Aku tahu apa aku tulis. Nanti aku pencerahkan kepada hang!
test

Video Malaysiakini.com

test

Komentar Blog