Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Jumaat, 31 Disember 2010

Siapa pula pimpinan PAS yang dicelakakan oleh TGNA?

Sehari telefon saya letih menerima pangilan. Saya pun letih melayan pertanyaan betul ke wujud pertemuan antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) dengan DS Najib oleh kenalan mungkin tahu indentiti saya sebagai batuapi @ firestone.

Saya hanya menjawab bersahaja. Perkara biasa jika ada pertemuan pimpinan tertinggi antara dua parti Melayu terbesar ini. Dulu alMarhum Ustaz Fathil Mohd Noor bertemu Tun Mahathir 4 mata, tanpa merujuk majlis syura pun. Saya dah dedahkan nama-nama orang yang terbabit yang mengetahuinya dan seorang daripadanya telah meninggal dunia baru-baru ini. Anda boleh baca di sini. (Pertemuan 4 Mata antara Ustaz Fadhil Noor dengan Dr Mahathir Mohamad)


Khamis, 30 Disember 2010

Pertemuan UMNO-PAS, Pertemuan Geng UG?

Saya berhasrat untuk berehat dan tidak mahu menulis lagi sehingga akhir tahun ini. Sekurang-kurangnya boleh bermuhasabah dengan apa yang dilakukan terutamanya tulisan-tulisan saya yang mungkin tidak begitu menyenangkan sesetengah pihak.

Tapi biasalah nick batuapi @ firestone dengan watak itu tidak akan mudah diam diri apabila ada manusia durjana cuba memporak-perandakan jamaah dengan memutar belit isu-isu dan maklumat bagi membentuk 'character assasination'.

Tertarik dengan pendedahan Penarik Beca @ Bakaq alhaq! dengan artikelnya "TGNA diperdaya hadiri majlis mempakyetkan PAS?" Saya tak nafikan isu ini benar tetapi saya cukup kecewa dengan sikap menokok-nambah sehingga cerita menjadi fitnah kepada beberapa orang ulama secara amnya di'persepsi'kan sebagai kumpulan UG atau geng perpaduan.


Jumaat, 10 Disember 2010

Fikrah JIM vs Fikrah PAS: Sambung sedikit lagi..

Seperti yang saya sebut sebelum ini, persoalan perbincangan fikrah JIM dan fikrah PAS secara terbuka bukanlah suatu perkara yang sesuai dalam masa kita menghadapi persiapan pilihanraya ke-13. Hanya imbauan kenangan zaman dulu seperti cerita P. Ramlee. Kenapa perlu diulang tayang?

Saya berhasrat Wan Ji menyambung artikelnya itu, saya diam dan berhenti sejenak mengusangkan blog ini sambil menunggu. Seperti juga saya sebut sebelum ini, saya bukan berhasrat dia menjawab tulisan saya. Memang dia tak akan menjawab (Warcana ilmiyyah secara terbukakan Wan Ji?) seperti sebelum ini. Hanya sekadar tunggu apa lanjutan tulisannya berkaitan Fikrah JIM vs Fikrah PAS.

Sabtu, 4 Disember 2010

Respon tulisan Wan Ji, Fikrah JIM vs Fikrah PAS

Baca tulisan Wan Ji @ AlBakistani, terasa macam menonton filem P. Ramlee tapi filem P. Ramlee yang dibuat oleh 'producer' sekarang. Nampak rumahnya dibelah dengan gergaji mesin bukan gergaji zaman dulu yang terpaksa sorong papan tarik papan papan, kalau tersalah tarik, yang sebelah sana terhumbang.

Mula-mula nak beri respon pasal Wan Ji kritik Presiden PAS dengan tulisannya "Kemana Penasihat Politik Presiden" tapi semacam menarik pula untuk ulas suka-suka dengan tulisan terbaru "Fikrah JIM vs Fikrah PAS".

Saya tahu apa yang saya komen tidak akan dijawab oleh geng "Usrah Barbican". Saya pun dah tutup buku dalam hal-hal yang terdahulu. (klik)

Bila saya baca tulisan Wan Ji saya pun naik pening kepala. Mana satu hujung mana satu pangkal. Saya ingat Wan Ji ni kepala dia pun tak berapa betul!

Jumaat, 3 Disember 2010

Benarkah Bekas Pengerak Laman Mahazalim Blogger Mesra-Kerajaan?

[ Kemaskini Semula] Laman-laman Mesra-Kerajaan 'raya sakan' dengan tulisan Zaini Hassan, kolumnis Cuit dalam Utusan Malaysia yang sebelum ini saya dah ulas artikelnya. (Sila baca di sini)

Mereka berbangga pasal ranking blog mesra-kerajaan dilihat seolah-olah menguasai kedudukan di atas dalam 100 kedudukan portal atau blog politik di Malaysia.

Saya juga difahamkan ada satu gambaran yang membimbangkan seolah-olah blog yang dahulunya pro-pembangkang sekarang sudah beralih arah kepada mesra-kerajaan. Kebimbingan ini bukannya datang daripada orang biasa, tetapi juga datang daripada orang-orang besar PAS.


Iklan Harakah: Masih berkuasa lagi geng penyangat!

Saya sebenarnya tidak berhasrat lagi untuk memanjangkan isu penyelewengan iklan wang harakahdaily selepas artikel saya Nasib pekerja Siasah dan politik dalam Harakah yang carca merba. Dalam artikel itu saya menggugut untuk membuat pendedahan tentang iklan harakah cetak pula. Saya juga menggugut untuk mendedahkan politik pentadbiran dalam harakah.

Mereka tahu saya ada maklumat yang cukup detail dalam hal ini. Saya telah dihubungi oleh orang besar di Harakah. Bersyukur kerana mereka telah membuka jalan untuk penyelesaian. Ada 3 cara untuk saya menyampaikan maklumat yang ada pada saya. Samada saya berjumpa terus, atau melalui telefon dan jalan paling selamat ialah melalui e-mail. Saya memilih kaedah yang ketiga dahulu. Jangan anggap saya takut!

Selepas saya memberikan 7 perkara yang perlu disiasat oleh pihak bertanggungjawab, saya tidak lagi menulis perkara ini. Saya ulang sekali lagi, saya tidak lagi menulis tentang perkara ini walaupun saya diasak oleh beberapa komen yang menyakiti hati saya.

Khamis, 2 Disember 2010

Benarkah blogger pro-pembangkang kian lesu?

Saya membaca tulisan Zaini Hassan mengenai pandangan beliau berkenaan kedudukan portal dan blog politik di Malaysia yang bertajuk "Jika bloggers mesra–kerajaan beralih kiblat?". Beliau menulis pandangan ini setelah beliau membuat persiapan sebagai ahli panel satu forum dalam pertemuan blogger mesra kerajaan di Pertaling Jaya baru-baru ini.

Zaini Hassan mengatakan  revolusi para blogger pasca reformasi 1997/98 ini berupaya memporak-perandakan subjek yang dibawa. Ini tidak pernah berlaku dan tidak ada keupayaan untuk berlaku bagi kewartawanan konvensional. Zaini Hassan memuji persiapan bahan, foto, grafik, olahan yang dilakukan oleh blogger pada masa itu amat baik sukar dilakukan oleh wartawan konvesional walapun mereka tidak dibayar upah.

Saya tidak minat mengulas lebih lanjut kerana saya berpendapat Zaini Hassan masih 'bias' dalam memberi pandangan yang selebihnya dan dia masih menjaga tuan punya periuk nasi, Utusan Malaysia. Kalau tak macam mana dia nak menjadi kolumnis?

Rabu, 1 Disember 2010

Tak Perlu bincanglah siapa nak jadi Menteri!

Saya nampak akhir-akhir ini satu trend berlaku dalam blog-blog geng PR yang lebih tertumpu kepada isu-isu remeh temeh yang nak menonjolkan siapa sebenarnya menerajui PR. Siapa yang layak bertanding. Siapa yang akan memegang jawatan bila PR memang.

Mereka sudah lari dan khayal dengan tanggungjawab sebenar sebagai penulis blog. Mereka telah menjadi "zombie" musuh yang berada di dalam PR.

Saya membaca tulisan jawapan oleh W. Fauzdin NS kepada tulisan Salmanalbustaniy berkaitan siapa menjadi leader untuk memimpin PR jika DS Anwar dipenjarakan semula. Semuanya adalah merupakan 'anak-anak' api dalam serkam untuk membakar PR.

Selasa, 30 November 2010

Kenapa perlu berbolak balik?

Cucu Mak Kilau, salah seorang editor blog Pahangdaily 'akan' menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana mendakwa akhbar tersebut memfitnahnya keluar parti sedangkan beliau tidak pernah dihubungi oleh wakil berkenaan.

Cucu Mak Kilau (CMK) atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Mohd. Ramli pernah bertanding atas tiket PKR dalam pilihanraya lalu di Dun Kemayan, Pahang.

Sebelum ini CMK ada menyebut 'akan' keluar parti PKR atas berberapa alasan yang malas saya nak ulas di sini. Ramai sangat pimpinan PKR yang semacam 'akan' keluar parti di atas dasar tak puas hati dengan parti. Saya pun tak tahu apa sebenarnya dia orang nak pada parti dia orang.

Setahu saya PAS juga ramai pimpinan tak puas hati dengan parti. Tapi taklah main 'akan' - 'akan' keluar parti. Mereka diam-diam aje dan sambil menjalankan aktiviti secara 'senyap-senyap'.

Isnin, 29 November 2010

Komen sikit pasal Saifuddin Nasution pada artikel Sayuti Omar

Pada 12 Januari 2010 saya telah membuat komen setelah DS Anwar Ibrahim memberikan ucapan tahniah di atas perlantikan Saifuddin Nasution Ismail sebagai Setiausaha PKR mengantikan Dato' Saleh.

Saya sekadar mengulas soal-soal keahlian parti di antara parti-parti Pakatan Rakyat. Bukan apa tidak mahu celaru dan saya juga mengulas kedudukan YB Zul Noordin. Anda boleh baca tulisan saya "Saifuddin Nasution, mana satu nak guna pakai ni!"

Seperti yang disebut sebelum ini, tak berapa kerat lagi tinggal penulis politik yang tajam dan kritis. Saya memang mengikut penulisan mereka, terutamanya Mohd Sayuti Omar.

Bukan sahaja bodoh, tapi memang berniat jahat!!

Saya menulis satu artikel berkaitan gambar Nik Abdul Aziz Kamil yang bersanding dikatakan sebagai gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya sertakan sekali gambar asalnya. (baca di sini)

Saya tegur Meli sebagaimana cara Meli menegur orang lain. Tapi nampak Meli tidak boleh menerima hakikat gambar itu bukan gambar Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Saya juga masuk ke blog Meli Kapak Jangat dan membuat posting komen di blognya. Harapan saya Meli menarik balik dan mengaku kesilapan.

Tidak menjadi kudis yang akan melarat jika dia bersifat demikian. Tapi malangnya Meli bukan sahaja bodoh, malah berniat jahat terhadap posting berkaitan gambar itu. Dia berharap benar apa yang dilihat itu adalah TGNA semasa muda. Dia kecewa kerana gambar itu bukan TGNA dan sikap kekecewaannya jelas dalam posting penjelasan dia.

test

Video Malaysiakini.com

test

Komentar Blog