Pembela Kebenaran

PERHATIAN: Kepada pelawat blog yang membuat komen @ membuat shotbox di chat, minta tolong berhati-hati dengan komen. Walaupun kita tak sesuka kepada seseorang jangan sampai kita melampaui batas dengan rekaan cerita kerana setiap inci tulisan kita akan dihitung oleh Allah s.w.t. dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.

MAKLUMAN: Jika hangpa nak ambil mana-mana artikel, ambil ajelah. Di internet kira 'public'. Hangpa nak bagi kreadit atau tidak terpulanglah hangpa boleh buat keputusan sendiri. Saya tak kisah....
| Home |    
BatuApi @ FireStone,
Shadow of Death
batuapi.firestone@gmail.com
http://batuapi-firestone.blogspot.com

BatuApi @ FireStone FB

Isnin, 29 Mac 2010

Orang yang menulis surat ini telah dipecat?

Tertarik saya dengan satu artikel daripada Husin Lempoyang "Krisis dalaman PAS: Mari Merenung Kembali". Artikel ini telah menjadi satu kecohan besar dalam organasasi PAS akibat beberapa fakta maklumat yang sengaja di"putar belit".

Tapi Allah Maha kuasa dan jika kita beriman dengan Qada dan Qadha, doa orang yang teraniya tidak hijab maka orang yang menulis artikel itu bagi pihak TGNA telah dipecat sendiri oleh TGNA.

TGNA kata hanya pertukaran biasa tapi setiausaha politiknya Anual Bakhri Haron berkata lain. Anda akan faham cara bercakap TGNA dalam media.

Al-Kisah anak suka bohong dan fitnah

Seorang anak yang disayangi oleh bapanya selalu bercakap semasa makan. Si anak ini dalam percakapannya selalu di membuat cerita mengarut (dalam bahasa mudah berbohong). Kadang kala dia akan membuat fitnah kepada adik beradiknya sendiri (bukan orang lain pun). Ada cerita-ceritanya akan cuba membuat hubungan ayah dan ibunya menjadi tegang.

Banyak cara telah dibuat untuk menghalang tarbiat buruk anak yang disayanginya ini, tetapi tidak berjaya. Akhirnya si ayah terpaksa mengambil jalan menghendik bila si anak ini bersuara.

Ahad, 28 Mac 2010

Chua Soi Lek Presiden selepas diaibkan

Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek diumumkan sebagai Presiden MCA setelah mengalahkan Ong Tee Keat dan Ong Ka Ting. Perkembangan politik ini menunjukkan salahlaku seks tidak sedikit pun memberikan kesan kepada politik masyarakat Cina di negara ini. Ada sesetengah penulis dan pengulas politik memberikan pendapat bahawa serangan pada salahlaku peribadi boleh memberikan simpati.

Masyarakat Melayu juga mengalami situasi yang hampir sama, hanya batas agama dan nilai-nilai budaya mungkin melambatkan proses "tidak mengapa" ini.

Hari ini kita melihat setiap hari londeh melondeh telah berlaku didalam dunia politik negara kita. Pendedahan, tuduhan dan kecaman saban hari kedengaran. Batas-batas kesusilaan sudah tidak lagi diendahkan.

Kenapa perlu bawa Dato' Harun Taib untuk hujah perkara yang tak khilaf?

Bila saya menulis artikel pasal "Beer Halal atau Arak tanpa Alkohol" saya tidak sedikit pun menyebut perkara ini adalah haram, malah saya sertakan sekali pendapat Dr Yusof Qardawi yang menjadi rujukan kepada seorang kawan bernama Wan Ji (masa dulu, sekarang dah tak berhubung)

Saya semacam hairan apabila Wan Ji menulis balas artikel berkenaan dengan tajuk "Sedapnya Makanan Arab" dengan mencerita bagaimana dia begitu rapat dengan Dato' Harun Taib, Ketua Dewan Ulam PAS.

Ulasan pendek artikel Ustaz Zolkharnain Abidin

Saya memang suka membaca artikel Ustaz Zolkharnain Abidin, idea dan tulisannya berbeza dengan orang lain. Saya memang suka kelainan. Tapi saya kurang suka "tidak beradab" dalam Jamaah Islam, apatah lagi bagi seorang Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama.

Ustaz Zolkharnain Abidin ada menulis;

Sikapnya juga menjadikan PAS dihormati oleh rakan-rakan dalam PR. Ahmad tidak merugikan PAS tetapi menjulang imej PAS dengan sikap dan pendirian itu.
Apa kebimbangan saya kalau Ahmad tidak tersenarai sebagai anggota Majlis Syura Ulama lagi?

Sabtu, 27 Mac 2010

Mengulas Tulisan Profesor di laman Tranungkite.net, Ada Penulis Blog Sensitif

Saya dah banyak kali baca tulisan yang bernama profesor, ulitmayang, teluk? dan banyak lagilah nama dia ini sepesis sama seperti PENDEKAR_KLETE, yang mana hujahnya berbalik-balik dan tidak tetap. Dulu penyokong kuat SP di TKO tapi sekarang dan tukar angin agaknya.

Saya tak nak tegur TKO pasal lulus artikel yang mengarut, kerana SP pun ada komen pada artikel saya yang diluluskan sebelum ini. Kalau tidak terpaksa saya guna batu-api3. Sekadar cerita untuk yang faham, tapi TB tak akan faham sebab darjat dan makamnya masih mengatakan SP dua dalam satu.

1. Dia (penulis) tak faham masalah sebenar mengenai UG, Kerajaan Pakatan dan suasana politik dalam PAS kerana mungkin dia bukan ahli PAS dan tak pernah berada dalam program PAS secara khusus (ini tak termasuk ceramah, takkan hadir ceramah dah kata hadir program PAS)

Maaf hari ini tak sempat jumpa geng blogger Penang

Hari ini sepatutnya saya hadir dalam perjumpaan tertutup dengan Bos Penerangan PAS Pusat di Markaz PAS Padang Menora, Tasek Gelugor jam 8.30 pagi tadi. Perjumpaan Blogger Penang ini penting bagi memastikan maklumat sebenarnya tersebar dan fitnah kumpulan blogger celaka boleh di atasi.

Saya terpaksa berada di KL atas satu urusan rasmi yang tak dapat dielakkan.

Komuniti Blogger PAS dan Pakatan rakyat perlu dihidupkan dan penulisan blog haruslah mendapat maklumat yang sahih bagi memastikan amaran Allah s.w.t. tidak menimpa kita kerana kejahilan kita bersama.

Mengulas tulisan blog Reformis Jalanan

Saya terbaca satu artikel seorang budak Terengganu yang masih lagi  belajar menggunakan nick Reformis Jalanan betajuk "Jika Benar, Ianya Adalah Kerja Celaka Di Dalam PAS!" yang membuat ulasan mengikut apa yang dia baca. (Jangan tanya saya dia ini ahli PAS atau tidak, nanti ada seorang lagi yang buat report kerana mendedahkan dia bukan ahli PAS!)

Petikan melaga PAS dengan tuduhan jahat budak hingusan ini ialah;

TGNA adalah orang yang paling kuat menentang sebarang bentuk kerjasama PAS-UMNO. Pasti akan ada yang melompat kegirangan atau ketawa terkekek-kekek dalam bilik air apabila mendengar berita ini. Dan pasti juga akan ada yang keluar air liur meleleh-leleh kerana nakkan jawatan Mursyidul Am. Siapa? Fikirlah sendiri.

Jumaat, 26 Mac 2010

Cabaran 3 hari kepada Tulang Besi

Saya baru terbaca petikan Tulang Besi dalam blognya;
ps Tulang Besi dinasihatkan oleh peguam supaya membuat laporan polis ke atas pendedahan maklumat keahlian PAS oleh blogger picisan bernama Batu Api. Tulang Besi bercadang untuk berbuat demikian minggu depan tetapi masih memikirkannya.

Saya memberikan 3 hari untuk Tulang besi berbuat demikian. Jika tidak lebih baik anda Abdul Rahman Talib No IC 721023105017 lahir pada 23 Oct 1972 bila buat sidang media di mana-mana tempat menutup muka dengan seluar dalam anda!!

Ingat 3 hari. Selepas itu kita lihat siapa akan akan masuk balai. Anda juga ada buat kutipan duit tanpa mengikut peraturan.

Menjawab tulisan Zainulfaqar Ustaz Ahmad Awang dalam ingatan!

Nampaknya kumpulan Task Force 13 tak senang hati dengan perkembangan mutakhir ini dimana rancangan kumpulan mereka sudah terdedah dan kepala-kepala perosak PAS mula terserlah. Kebusukkan mereka satu persatu telah terlodeh.

Untuk kembali perasaan marah masyarakat kepada sesetengah pimpinan PAS dan cubaan untuk melaga-laga antara satu sama lain dihidupkan semula. Mereka mengungkit kisah-kisah lama bagi melukakan kembali parut muda. Kerja jahat Zainulfaqar terbaru dalam blognya membuatkan imbasan supaya orang mengingatkan kembali bagaimana Ustaz Ahmad Awang yang menolak percalonan dan mula tidak mahu aktif dalam PAS atas beberapa sebab tertentu.

Tulisan Zainulfaqar boleh di baca di http://zainulfaqar.wordpress.com/2010/03/25/ustaz-ahmad-awang-dalam-ingatan/

Berapa Juta UMNO Mahu Beli Saya?

Bila saya dedahkan keahlian PAS seseorang berdasarkan kepada no. ahli yang orang tersebut sendiri pernah dedah di internet, maka saya telah dituduh mempunyai rahsia yang besar terhadap PAS seperti Kewangan, Dokumen-dokumen sensitif, Minit-minit mesyuarat, Strategi-stategi pilihanraya, Senarai calon-calon pilihanraya, Surat menyurat rasmi parti, Program-program parti. Dengan itu kerahsian PAS tidak terjamin lagi!!!

Hebatkan saya, nanti hampir pilihanraya saya akan umumkan calon-calon yang nak bertanding kerana saya dah boleh akses maklumat rahsia PAS (sebab dedah indentiti sebenar Tulang Besi – bukan indentiti sebenar, tapi temberang sebenar Tulang Besi)

UMNO hang tak beli ke aku? Berapa agaknya harga aku sekarang? Inilah andaian bodoh oleh seorang yang kononnya ingin membersihkan PAS daripada pemimpin yang tidak baik dan amanah.

Khamis, 25 Mac 2010

Anugerah jenama utama media

Ada kawan saya bertanya kepada saya bagaimana Malaysiakini.com boleh mendapat hadiah Anugerah Jenama Utama Media di Majlis sulong Anugerah Jenama Putra. Dia minta saya komen pasal Harakahdaily.

Saya menyebut sebelum itu portal berita Malaysiakini juga menerima anugerah daripada majalah Asiaweek dan Business Week serta Institut Akhbar Antarabangsa, sebuah badan pemantau kebebasan akhbar yang beribupejabat di Vienna.

Mereka berkerja secara profesional dan tidak mencampur aduk urusan peribadi dengan urusan kerja berbeza dengan Harakahdaily di bawah Zulkifli Sulong yang banyak "main wayang".

Rabu, 24 Mac 2010

Ahli PAS tapi tak bayar yuran!!!

Marah betul Tulang Besi kepada saya bila saya dedahkan bahawa dia tak bayar yuran keahlian PAS yang cuma RM3 setahun. Tapi saya tak kisah bukan sayapun yang kena maki, webmaster TKO. Puak-puak tak tahu dosa dan pahala boleh menghalalkan apa sahaja perbuatanya termasuk khianat parti dan jamaah sendiri!

Keahlian PAS bukan perkara yang remeh, itu adalah sumpah setia kita bersama jamaah PAS. Saya menegaskan soal keahlian ini supaya tidak timbul keraguan dalam kita berorganasasi. Saya ada menulis mengenai keahlian PAS YB Saifuddin Nusation. Anda boleh baca dan faham apa yang saya perjuangkan tentang keahlian (Saifuddin Nasution, mana satu nak guna pakai ni!).

Mesyuarat-mesyuarat tertutup PAS bukan rahsia lagi. Ini buktinya

Hampir tergelak saya melihat bagaimana gelabahnya si munafik dalam PAS (belum lagi saya tulis berkenaan munafik ini, sekadar minta dibahaskan. Bila saya sebut dia munafik, saya akan bertanggungjawab dan akan berhujah), Tulang Besi a.k.a. Abdul Rahman Talib bila saya dedahkan rahsia dirinya.

Baca tulisan baru dia di sini dan saya menulis balik dengan tajuk hampir sama seperti dia tulis. Rasanya sesuai untuk berhujah dengan budak "separa masak" ini.

Maaflah kadang kala saya terpaksa kurang ajar sedikit dengan mereka ini kerana kejahatan mereka ini sudah melampaui batas dan agama.

Mohsin sebenarnya dipecat daripada PKR 22 Mei 2009 lalu, kenapa buat fitnah?

Saya ada menulis mengenai Mohsin apabila beliau keluar PKR. Saya amat berhati-hati dalam menulis perkara ini agar beberapa maklumat yang ada dalam pengetahuan saya tidak terbocor dan boleh mengaitkan beberapa orang yang saya sayangi dalam PAS untuk terbabit sama.

Sukar untuk saya menulis, sehingga terpaksa saya membuat beberapa kiasan dan kadang kala kiasan saya jauh tersasar daripada maksud sebenar. Memang sukar jika anda cuba untuk tidak mengaib mana-mana pihak. Tapi bila batas fitnah sudah dilampaui, akhlak Islam tidak dijaga saya terpaksa mendedahkan secara khusus dan kebetulan maklumat ini sudah jatuh ketangan musuh.

Selasa, 23 Mac 2010

Siapa Tulang Besi @ Abdul Rahman Talib sebenarnya?

Siapa Tulang Besi @ Abdul Rahman Talib sebenarnya? Ramai bertanyakan saya, tapi setakat ini belum ada yang SMS kepada saya seperti Pak Bakaq, Penarik Beca.. oooww YB PAS pun ada SMS!! (Pak Bakaq bukan ahli PAS pun orang PAS SMS dia - Saya bertanggung dengan kenyataan ini, sila hujah saya) Saya kata nak tahu dia itu siapa? Bacalah tulisan-tulisan dia pasti anda boleh mengenali dia. Penipu dan pembelit tidak boleh menipu dan membelit untuk semua fakta!

Tulang Besi @ Abdul Rahman memang pernah mengisi borang menjadi ahli PAS. No ahlinya ialah 253812 dengan menggunakan IC lama bernombor A2317897. Dia mendaftar di Cawangan Bangsar, Kawasan Lembah Pantai menggunakan alamat 61, Jalan Maarof, Bangsar Park, Kuala Lumpur. Status keahliannya tidak aktif kerana dia tidak membayar yuran pada cawangan yang didaftarkannya.

Beriman dengan khabar angin, tolak Al Quran

Ramai kawan-kawan (ayat Tulang Besi) minta saya mengulas artikel Tulang Besi, Abd Rahman Talib mengenai Konspirator Dibelakang Blog Anti-Husam. Saya malas nak berhujah dengan budak "setengah masak". Hampa boleh baca sendiri di sini bagaimana tulisan si Pendedah Salahlaku PAS. Guna akal dan fikirlah sendiri. Buatlah keputusan. Hampa baca hampa simpanlah dalam hati, tak payah maki tambah dosa aje.

Saya nak jawab pendek aje. Haji Suhaimi Embong (bila dia ni pi aji?) dikatakan antara yang terbabit, dalang utama pulak tu. Tulang besi agaknya tak hadir "Usrah Barbican" dengan Zainulfaqar (pengerak utama Task Force 13). Suhaimi tu memang lulus IT tapi pasal IT, malas saya nak komen. Tanyalah Zainulfaqar macam mana Suhaimi tu di Harakahdaily.

Isnin, 22 Mac 2010

Terima Kasih kepada Al Husseyn atas tulisan "Kunjungan Presiden mengharukan keluarga mendiang Siva"

Sebelum saya lanjutkan penulisan saya, suka saya nyatakan saya memang berminat dengan penulisan Cikgu Husseyn di awal zaman reformasi. Penulisan cikgu Husseyn juga terdapat di laman TKO yang mana saya dilahirkan di alam internet bermula di laman tersebut dan mendapat banyak pengalaman bersama dengan moderator TKO yang kini sebahagiannya telah hilang. TKO "mencair" dari keilmuan jika dibandingkan dengan TKO zaman-zaman dahulu.

Saya sedih dan keliru apabila cikgu Husseyn mulai biadap dan kurang ajar dalam Jamaah PAS. Tulisan-tulisannya mulai tidak menentu dan sikapnya pula tidak tentu hala. Apabila cikgu Husseyn memampar bendera PAS setengah tiang atas bantahan keputusan Lembaga Disiplin PAS tidak boleh saya terima sama sekali.

Ahad, 21 Mac 2010

Pelancaran Buku "Polemik Isu Kalimah Allah"

Ada yang bertanya saya, 27 Mac 2010 nanti, Tuan Guru Haji Abdul Hadi akan melancarkan buku "Polemik Isu Kalimah Allah Antara Targhib dan Tarhib" karangan Dr Mohd Nur Manuti dan Wan Ji bin Wan Hussin, bertempat di bilik Kedah & Johor, PWTC pada pukul 5.00 petang.

Saya rasa tak perlu ulas panjang, sekadar mengambil petikan ulasan ali bagan, walaupun kurang benarnya tapi sinakalnya menghampir isu;

Jangan lupo datang maso hari perasmian nanti. Kito akan lihat bertapa indah dan harmoninya Jemaah Islam yang berlabel PAS ini. Pendiri UG merasmikan buku yang penulisnya anti-UG. Oh , senario ini tidak akan berlaku dalam Parti lain. Ini lah dinamakan perpaduan antara UG dan anti-UG. Wow !!!

Sabtu, 20 Mac 2010

Mengulas artikel Barangkali Mursyidul Am terlupa

Menarik membaca artikel pembentuk persepsi minda pembaca di internet dan memburuk-buruk pimpinan yang tidak disukai. Artikel terbaru Penarik Beca Barangkali Mursyidul Am terlupa adalah rujuk untuk menulis artikel ini.

Penarik Beca adalah penyambung lidah Misal Merah, yang menulis di blognya bertajuk Murshidul Am Tak Sebut Nama Ustaz Nasa?

Sengaja membina persepsi negatif

Terbaca satu artikel di laman Tranungkite (TKO) bertajuk YB muda PKR belajar menipu rakyat. Apakah Ini Yang Anwar Ajar? yang ditulis oleh setisab dan diluluskan oleh pembantu webmaster laman berkenaan bernick teori dengan gambar ustaz Nasha di lobi parlimen seperti disebelah yang diambil rujukan daripada Utusan Malaysia "lidah rasmi UMNO".

Beberapa kali teguran telah dibuat oleh forumer dan ini membuatkan saya kecewa dengan sikap tidak ambil perduli webmaster laman berkenaan dengan artikel-artikel yang diluluskan yang sering kali memberikan persepsi yang tidak baik kepada kepimpinan utama Parti Islam.

Khamis, 18 Mac 2010

Beer Halal atau Arak tanpa Alkohol

Saya dihujani dengan pertanyaan dan terkejut pasal ada blogger yang "minum" dengan penyiaran gambar "usrah blogger". Saya akui saya sendiri, macam terkejut juga melihat gambar untuk kali pertama dan ini memberikan pengajaran agar kita berhati-hati menyiarkan gambar orang lain dalam blog kerana orang ramai atau pembaca boleh mentafsir dengan pelbagai maksud.

Untuk mengelak salah tafsir ini, saya menulis mengenai perkara ini sejelas-jelasnya agar kekeliruan boleh dihilangkan.

Sekarang ini banyak di restauran Arab mahupun restoran biasa, menjual beer tanpa akohol ini. Rupa bentuk botolnya dan pelekatnya adalah sama dengan beer berakohol. Namun apa hukumnya minum beer tanpa akohol ini? Umumnya orang melayu akan mempertikaikan nama beer itu digunakan, jika begitu bgaimana dengan root beer dan ginger beer yang biasa kita minum. (Gambar, cilok daripada laman Penembak Babi tanpa izin - maaf)

Awas laman-laman ciptaan Task Force 13

Baru bercerita pasal Task Force 13, metting dia orang dah sampai kepada kita orang, kita orang juga nak tergelak bila nama kita orang macam menjadi agenda utama dalam metting dia orang. Lagi nak tergelak metting dia orang tak cukup korum.

Apapal saya pula dicari-cari, siapa batuapi firestone? Tanyalah Tulang Besi, diakan pakar tudung menuduh. Songkok Putihlah tu, lagipun saya tak pernah bersumpah menafikannya, buat apa cari lagi!!! Tergolek aku, pakar motivasi menulis TF13, Zainulfaqar pun tergaru kepala! (Selepas ini setiap orang kena tukar kupiah dengan songkok, tapi pastikan yang putih!!)

Rabu, 17 Mac 2010

Mengulas Isu Natrah tidak satukan rakyat Melayu, kenyataan Khalid Samad

Membaca kenyataan Khalid Samad mengenai isu dan tajuk di atas membuatkan saya rimas dan celaru dengan sikap Khalid ini. Ya memang celaru bila Khalid membuat teguran umum dan mengunakan Malaysiakini sebagai saluran untuk menujukkan rasa tak faham beliau terhadap kehadarin Ustaz Nasharuddin Mat Isa ke Majlis Akademik UTM.

Lagi celaru apabila Zainulfaqar Yaakob menggunakan Harakahdaily sebagai saluran menyampaikan berita ini bagi suara Khalid. Apakah perlu berita-berita "sensasi bodoh" dalam harakahdaily? Maaf sekiranya saya katakan Zulkifli Sulong sekadar "pak pancak" dalam Harakahdaily sehingga mutu dan cara persembahan harakahdaily hambar!!

Isnin, 15 Mac 2010

PAS, Islam dan Perpaduan

Malam ini saya ingin bersantai, juga bersantai dalam menjawab kata-kata blogger yang tersemat pada blognya kononnya terdapat banyak SMS yang marah-marah berita Utusan yang selalu dilenyek-lenyek dalam kempen boikot dengan kata-kata "Jahaman Utusan" tapi isinya dtelam sehingga ke usus.

Blogger itu memberitahu, pimpinan PAS kawasan yang juga wakil rakyat menelefon beliau bahawa dia tak tahan ditanya oleh ahli dikawasannya.

(Semua ini ada pada petikan ini, baca betul-betul samada saya tongkok tambah atau tidak Suara musang berbulu ayamkah ini? (3) http://penarikbeca.blogspot.com/2010/03/suara-musang-berbulu-ayamkah-ini-3.html)

Saya berfikir dengan akal yang waras, hebat blogger ini. Masalah parti PAS kawasan, YB pula tu!! dirujuk kepada si blogger ini!! OOwwii!

Ahad, 14 Mac 2010

Ulas Nasharuddin Mat Isa hadir dalam program pelancaran buku Natrah

Ada yang hantar email minta saya ulas mengenai Ustaz Nasharuddin hadir dalam Perlancaran Buku Natrah. Saya rasa macam nak tergelak juga. Puak-puak "sakit jiwa" ni (SP Ali Zaidan kata puak PAS Recond, SP TKO kata puak-puak anai-anai, SP OrgMengila kata PAS Reform, tapi semuanya menjurus kepada puak-puak blogger celaka seperti yang diucapkan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz)

Terfikir saya jika terlihat puak-puak sakit jiwa, Presiden PAS berhenti di Pump Station untuk buang air kecil. Pump Station itu pula milik penyokong UMNO maka terus dipersoalkan kenapa Presiden masih lagi meneruskan agenda UG, sedangkan Presiden kata UG sudah tutup buku.

Puak sakit jiwa ini akan berhujah, lihat Dato' Seri Anwar Ibrahim bila nak buang air dia berhenti di rumah Dato' Fauzi. Dato' Fauzi yang nak masuk PAS terus masuk PKR. Tuan Ibrahim Tuan Man apa dia buat?? Jadi Pengerusi Lembaga Disipilin pun tak reti. Sepatutnya bagi aje jawatan Lembaga Disiplin kepada Greenboc kerana dia lebih arif tentang Perlembagan PAS. (Ahli PAS kantoi dan pernah hadir program PAS mana tahu ada perubahan perlembagaan).

Sabtu, 13 Mac 2010

Rupa-rupanya tak boleh jawatan CEO parti dikhianati

Petikkan berita daripada Malaysiakini.com adalah dirujuk. Berita berkenaan mengatakan;
Pejabat menteri besar Selangor mengesahkan bahawa bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim pernah mengemukakan permohonan untuk mengisi jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS).

Dalam satu kenyataan hari ini, pejabat menteri besar juga mengesahkan KPS telah menerima permohonan Salehudin dan beliau pernah ditemuduga oleh jawatankuasa pemilihan.

Bagaimanapun, menurutnya, jawatankuasa pemilihan memutuskan supaya calon lain yang lebih layak dan sesuai dipilih bagi menjawat jawatan itu.

Jumaat, 12 Mac 2010

Cuit Pak Bakaq, Penarik Beca Pasal Perpaduan Islam

Sebelum saya menulis lebih panjang soal Perpaduan Islam suka saya nyatakan penulisan khusus kepada Pak Bakaq adalah penulisan sebagai seorang sahabat. Pak Bakaq tidak suka berhujah sesama blogger PAS apatah lagi berbalah hujah di alam maya ini.

Pak Bakaq adalah seorang ahli PAS yang komited, dulu masa kita orang buat pertemuan nak tubuh komunity blogger. Pak Bakaq tidak sependapat dengan Mahaguru58. Pak Bakaq nak komunity itu jelas mengambarkan blogger PAS.

Khamis, 11 Mac 2010

Mohsin dan Solat Hajat

Saya menulis mengenai perkara ini dalam artikel Pengundi PAS Bagan Serai dikhianati? dengan maklumat terhad mencerita bagaimana pada PR12 dulu banyak pertelingkahan mengenai calon dan akhir semua akur dengan keputusan kepimpinan (memang itu sifat terpuji PAS dan saya setuju sangat dengan komen oleh AwanBiru dalam forum di laman TranungKite)

Ada maksud tersirat yang saya cuba untuk tidak mendedahkan secara umum supaya orang yang mengulas mengerti lebih mendalam dalam hal ini yang saya lebih tumpukan kepada Solat Hajat yang dimaksudkan.

Perjanjian Pangkor, Betul ke ni??

Menarik untuk diulas lebih terperinci mengenai isu Perjanjian Pangkok. Saya menulis artikel dengan beberapa maklumat asas bagi pembaca mencari maklumat yang lebih terperinci dengan sumber maklumat yang sah. Jangan ambil maklumat ditepi jalan atau maklumat internet (macam juga artikel saya ini) yang kadang kala adalah saraf untuk membentuk persepsi rakyat atau pembaca oleh "mastermind" blogger.

Maklumat awal pada artikel ini Pengundi PAS Bagan Serai dikhianati? adalah untuk mendapat komen dan respon untuk saya lanjutkan lebih detail lagi.

Rabu, 10 Mac 2010

Mengulas Artikel Pemimpin PAS Yang Bangang laman Sokong Pakatan Rakyat

Terbaca secara tak sengaja satu artikel yang dilinkkan ke laman Sokong Pakatan Rakyat yang bertajuk Pemimpin PAS Yang Bangang yang diterbitkan hari ini. Tulisan ini sekadar mencari kesalahan Pimpinan PAS terpilih yang tak disukai untuk dipecahkan-pecahkan bagi melemahkan barisan kepimpinan PAS.

Anda boleh baca tulisan berkaitan di bawah ini (Petikan penuh).

Songkok Putih, webmaster TKO buat games Fitnah?

Saya dapat satu email mengenai games Tukang Fitnah yang mana games ini dipercayai telah dibuat oleh Songkok Putih, webmaster TKO. Kenapa saya kata Songkok Putih yang buat games ini?

Dalil dan hujah saya kata Songkok Putih yang buat games ini adalah;

1. Tulang Besi atau nama sebenarnya Abdul Rahman Talib selalu menyebut Songkok Putih adalah dalang semua tulisan-tulisan internet yang menyerang kumpulan PAS reform. Kata-kata Tulang Besi adalah kata-kata yang benar dan dia hampir maksum (dalam proses nak capai maksum). Hujah-hujahnya juga adalah bernas dan cukup bijaksana.

Pengundi PAS Bagan Serai dikhianati?

Apabila Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas telah membuktikan apa yang di putusakan sebelum ini dan rasa tidak puas hati ahli PAS Perak terhadap Persuruhjaya PAS Perak dulu berkaitan mudahnya PAS memberikan kawasan hak milik PAS kepada rakan PKR tanpa mengira kekuatan parti masing-masing adalah benar.

Ini soal bukan nak mempertikaikan pakatan atau kerjasama yang dibuat tetapi keadilan dalam pembahagian kerusi serta kekuatan parti masing-masing dalam mengagihkan kerusi selepas kemengang Dalam pengagihan perlu juga diambil kira jentera parti mana yang sebenarnya bekerja bukannya siapa yang mewakili parti mana.

Sabtu, 6 Mac 2010

Kedudukan DS Anwar sebagai Ketua Pembangkang tak akan tergugat!

Apabila makin ramai MP Keadilan keluar parti samada menyertai UMNO atau menjadi MP bebas bicara-bicara internet menjadi makin panas membuat analisis soal kedudukan DS Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan bicara mengenai mempertahankan agar kuasa 2/3 BN tidak dicapai.

Saya tertarik mengulas mungkin dalam bentuk yang bersantai mengenai kenyataan Dato' Khairy Jamaluddin dan ulasan kenyataan KJ ini telah disanggah oleh Presiden Kelab Anwar Ibrahim (AIC) Mohamad Sukri Md Saad.

Bagi saya kedudukan DS Anwar tidak akan tergugat selagi kerjasama dengan PAS masih wujud dan selagi sebahagian pimpinan PAS masih walaq kepada DS Anwar lebih daripada Presidennya sendiri. Mungkin kenyataan ini nampak prajudis tapi kita diberikan akal boleh berhujah dengan akal yang ada melainkan kita sudah tidak mampu untuk berfikir jauh.

Jumaat, 5 Mac 2010

Pimpinan Atasan PAS berbaik sangka antara satu sama lain, tapi..?

Usaha melagakan TGNA dengan TGHH masih berjalan, dulu terbuka sekarang dalam senyap. Nampak benar perancangan propaganda UMNO telah berjaya menjadi darah daging mereka yang suka mengadu domba.

Internet menjadi media yang paling mudah untuk sebaran maklumat fitnah ini. Saya tertarik dengan petikan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Bukan nak bincang pasal UG yang dibicarakannya kerana UG dah tutup buku. Melainkan Tulang Besi sahaja kata masih ada dan dia dengan lucunya memberikan contoh lihat isu Kalimah Allah, kenyataan Ustaz Nasaruddin sama dengan kenyataan media UMNO. Itulah bukti UG masih ada, dengan bersungguh-sungguh sehingga terpusing biji mata simamak Tulang Besi berhujah. Hujah anak tadikayan.. saya malas nak ulas panjang, fikir sendirilah.

Habis kenyataan Zul Nordin pula mengenai kalimah Allah macam mana?

Khamis, 4 Mac 2010

Zulkefli Berpotensi Untuk Keluar PKR?

Zulkifli Noordin antara MP Keadilan yang paling tops namanya di alam internet, alam blogger. Dulu dia dah terkenal kerana menjadi salah seorang peguan DS Anwar Ibrahim dalam Kes Liwat I. Dia jadi MP Keadilan dan beberapa tindakannya menjadi pujian hebat oleh semua blogger yang menulis mengikut perangai lalang, kerana Zul berbasikal dan bermotorsikal ke parlimen.

Kini Zul nampak tidak serasa dengan suara pengerak atau "mastermind" blogger-blogger. Dia dikecam hebat pula.

Zul sebenarnya YDP PAS Bandar Tun Razak, nak bertanding tak boleh kerana Majlis Syura PAS tak lulus. Kenapa tak lulus saya tak perlu panjang, engkau orang boleh cari sendiri. Dulu pernah bertanding atas tiket PAS kerana dia memang ahli PAS yang sah.

Oleh kerana tak boleh bertanding atas tiket PAS, dia bertanding atas tiket Keadilan kerana dia sahabat baik DS Anwar (Ambil ayat Zukri Aksah - Warkah buat Saudara Anwar). DS Anwar tawar dia tanding di Kulim. 

Ibrahim Ali dapat Akhbar Baru

KDN melulus sesuatu permit akhbar mengikut mood dan situasi, ramai di kalangan mereka yang keluar parti terumatanya pembangkang akan dapat permit akhbar jika dia memohon. Dulu Ahmad Lutfi bertungkus lumus memperjuangkan kebebasan akhbar bersama Fathi Aris. Hasilnya kekecewaan kerana mereka berdua ini adalah golongan degil dan keras kepala.

Haji Abdul Wahab Yunus, pernah memegang jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat pernah keluar PAS dan menubuhkan HAMIM, dia bukan sahaja dapat permit tapi dia menjadi Pengerusi Satu Yayasan yang dinamakan YADIM. (Gambar: Hj Wahab Kanan)

Haji Nakhaie Ahmad, juga dapat permit akhbar kerana keluar PAS.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video Malaysiakini.com

Komentar Blog